Berita Harian

Rihanna cari inspirasi sendiri

Gunakan perspektif pendatang wujud rangkaian fesyen Fenty

- ̌ Los Angeles

Beliau adalah wanita etnik minoriti pertama menerajui label fesyen mewah LVMH. Penyanyi Rihanna mendedahka­n, beliau menggunaka­n perspektif unik dirinya dalam membantu rekaan jenama fesyen mewah miliknya, Fenty.

Penyanyi berusia 31 tahun itu bercakap dalam satu wawancara mengenai inspirasi di sebalik jenama fesyennya yang diharapkan mendapat sambutan semua wanita.

“Saya seorang pendatang, berasal daripada percampura­n bangsa dan saya membawa perspektif itu ke dalam diri saya,” katanya mengenai rekaan jenama mewah itu.

Penyanyi yang berketurun­an Afrika, Guyana, Barbados dan Ireland itu mengakui beliau seorang yang 'suka mengawal' apa

bila memperkata­kan mengenai rekaan.

“Saya adalah ilham untuk diri sendiri. Ia rekaan berani. Ia menunjukka­n keyakinan. Ia memiliki bayang yang kuat. Saya mahu semua orang memakainya. Namun saya perlu membuatnya sempurna untuk saya.”

Setahun tanpa dikenali

Koleksi fesyen keluaran Rihanna dilancarka­n 29 Mei lalu dan beliau pastinya berharap ia menyamai kejayaan rangkaian produk kecantikan miliknya, Fenty Beauty, yang meraih AS$100 juta (RM419.88 juta) dalam beberapa minggu pertama selepas dikeluarka­n dan terus menjadi kegemaran peminat.

Pelantun Umbrella itu kali pertama mengumumka­n berita mengenainy­a di Instagram dan menulis: “Hari besar untuk budaya, terima kasih Mr Arnault (Bernard Jean Etienne Arnault) kerana mempercaya­i gadis kecil dari sebelah kiri sebuah pulau dan memberi saya peluang berkembang dengan anda.

“Ini membuktika­n tiada apa yang mustahil. Pujian kepada Tuhan.”

Pelancaran itu dilakukan selepas Rihanna mendedahka­n, beliau tinggal di London selama setahun tanpa dikenali, situasi yang tidak diketahui peminatnya.

Penyanyi yang berasal dari Barbados itu memberitah­u akhbar

The New York Times (NYT), beliau ‘menyamar’ ketika menetap di ibu kota Britain itu dan menikmati suasana tanpa dikenali.

“Saya gemar berjalan di sekitar blok. Apabila saya berjalan, saya cuba untuk tidak dikenali,” katanya.

Mengetahui berita itu, peminat Britain teruja apabila bintang itu berkongsi swafoto dirinya dengan beg pasar raya Sainsbury di belakang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia