Berita Harian

Calon PM Britain akui ambil dadah

Menteri Alam Sekitar, Michael Gove menyesal pernah guna kokain dua dekad lalu.

-

Michael Gove, calon utama yang mungkin menggantik­an Perdana Menteri Britain, Theresa May tampil membuat pengakuan betapa beliau pernah mengambil kokain kira-kira dua dekad lalu dan ‘amat menyesali’ tindakan itu.

Laman berita The Daily Mail, semalam, memetik Gove sebagai berkata, beliau mengambil dadah itu dalam satu perjumpaan sosial, ketika berkhidmat sebagai wartawan muda.

“Ia satu kesilapan. Apabila dikenang saya berharap tidak melakukann­ya. Ia berlaku 20 tahun lalu dan adalah satu kesilapan.

“Namun, saya percaya kesilapan

lampau tidak akan menjejaska­n kelayakan anda untuk bertanding,” katanya.

Saingan makin sengit

Beberapa calon lain, termasuk Menteri Luar, Jeremy Hunt dan bekas Menteri Brexit, Dominic Raab juga dikatakan pernah menggunaka­n dadah ketika usia muda mereka.

Pendedahan itu berlaku, ketika perlumbaan menggantik­an May kian sengit dengan ramai calon masingmasi­ng berhujah mengenai hak dan kesilapan Brexit tanpa perjanjian pemisahan daripada Kesatuan Eropah (EU).

May meletak jawatan sebagai pemimpin parti pemerintah Konservati­f, Jumaat lalu, secara rasminya memulakan pemilihan penggantin­ya yang bakal menyaksika­n parti itu mengambil pendekatan lebih tegas terhadap Brexit.

Difahamkan, calon mesti mengumumka­n sama ada mereka masih mahu bertanding dalam pemilihan itu, esok. Proses pemilihan itu dijangka selesai menjelang akhir Julai.

Gove berkata, beliau berharap pendedahan itu tidak akan menghalang­nya daripada dilantik sebagai perdana menteri.

“Apa yang jelas, terserah kepada rakan di parlimen dan ahli parti Konservati­f untuk membuat keputusan sama ada saya harus jadi pemimpin.

“Saya berpendapa­t semua ahli politik mempunyai kehidupan masing-masing selain politik,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia