Berita Harian

Diplomat bukan Islam puasa Ramadan sehari

Pesuruhjay­a Tinggi Britain rasai pengalaman seperti petugas Muslim di pejabat

- Oleh Sophia Ahmad sophia@bh.com.my

Kedatangan bulan Ramadan mungkin tidak memberi sebarang makna kepada Charles Hay sebelum ini, malah tidak keterlalua­n jika dikatakan ia hanya satu tempoh yang dilalui seperti biasa, sama seperti waktu lain.

Bagaimanap­un, senario itu berubah tahun ini apabila Pesuruhjay­a Tinggi Britain ke Malaysia itu mengambil inisiatif untuk merasai sendiri pengalaman berpuasa, walaupun hanya untuk tempoh sehari.

Pada firasat beliau, berpuasa bukan sekadar untuk meraih pengalaman, namun menyelami sendiri hakikat sebenar Ramadan yang penuh dengan pengajaran dan hikmah tersembuny­i.

Tekad berpuasa selama sehari pada akhir bulan lalu, Hay menganggap ia satu peluang keemasan untuk memahami nikmat berpuasa.

Tambahan, ia turut memberi peluang kepadanya mencari jawapan di sebalik rasa takjub untuk mengetahui

sendiri, apabila melihat umat Islam masih aktif, walaupun selepas seharian tanpa makan dan minum.

Nikmat dan kelebiahn berpuasa

Memulakan hari bersejarah itu dengan bersahur pada jam 5.15 pagi, beliau menjadikan salad kacang kuda, secawan teh panas dan buah kurma sebagai juadah.

Aktivitiny­a kemudian diteruskan seperti biasa untuk menghadiri beberapa mesyuarat sebelum mula berasa dahaga dan lapar menjelang waktu makan tengah hari.

“Saya berasa letih dan dahaga tetapi cuba menguatkan diri kerana bertekad mahu menghabisk­an tempoh sehari berpuasa ini dengan berjaya.

“Saya mahu rasai sendiri nikmat dan kelebihan berpuasa seperti petugas atau rakan lain di pejabat,” katanya kepada BH di sini, baru-baru ini.

Sama seperti warga kota lain, Hay tidak melepaskan peluang mengunjung­i bazar Ramadan berdekatan kediamanny­a di Desa Pandan di sini, untuk membeli beberapa juadah buat berbuka puasa.

Antara yang menjadi pilihan sudah tentu menu paling popular sepanjang Ramadan iaitu Roti John dan murtabak.

Apa yang menarik, bapa kepada dua anak perempuan itu enggan membiarkan makanannya dibungkus menggunaka­n plastik, sebaliknya membawa bekas makanan sendiri bagi meminimumk­an penggunaan plastik.

Anjur majlis berbuka

Sebagai menghargai semua petugas dan rakan sekerja yang berpuasa, Hay yang mula bertugas di Malaysia pada pertengaha­n Mac lalu, turut menganjurk­an majlis berbuka puasa di kediaman rasminya pada hari itu.

“Majlis kecil-kecilan ini dihadiri hampir 60 petugas dan rakan sekerja bersama ahli keluarga masing-masing.

“Walaupun secara sederhana, kemeriahan­nya amat terasa apa lagi ini kali pertama saya merasai sendiri nikmat berbuka puasa selepas seharian menanggung lapar dan dahaga,” katanya.

Ditanya apakah beliau mahu mengulangi kembali detik berpuasa itu, tanpa bertangguh Hay menyatakan kesanggupa­nnya walaupun mengakui, berdepan kesukaran susulan faktor cuaca Malaysia yang agak panas.

“Pengalaman saya berpuasa sehari dalam bulan Ramadan di Malaysia benar-benar membuka mata. Saya lebih memahami makna di sebalik ibadah puasa di samping melakukan kebaikan dan berfikiran positif,” katanya.

Saya lebih memahami makna di sebalik ibadah puasa di samping melakukan kebaikan dan berfikiran positif” Charles Hay, Pesuruhjay­a Tinggi Britain

 ??  ??
 ??  ?? Hay mengambil peluang mengunjung­i bazar Ramadan di Desa Pandan berdekatan kediamanny­a.
Hay mengambil peluang mengunjung­i bazar Ramadan di Desa Pandan berdekatan kediamanny­a.
 ??  ?? Hay (tengah) bersama petugas, rakan kerja dan ahli keluarga ketika majlis berbuka puasa di kediamanny­a, akhir bulan lalu.
Hay (tengah) bersama petugas, rakan kerja dan ahli keluarga ketika majlis berbuka puasa di kediamanny­a, akhir bulan lalu.
 ??  ?? Hay bersama Tun Musa Hitam pada Aidilfitri di kediaman bekas Timbalan Perdana Menteri itu, baru-baru ini.
Hay bersama Tun Musa Hitam pada Aidilfitri di kediaman bekas Timbalan Perdana Menteri itu, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia