Berita Harian

Suka duka umat Islam sambut Syawal

Perayaan dirai ikut keadaan semasa di tempat masing-masing

- Susunan Hazirah Che Sab zeehan@bh.com.my

Dari negara anggota ASEAN sehingga ke negara Teluk, kemeriahan Aidilfitri merentasi dunia masih terasa walaupun lima hari sudah berlalu.

Kunjungan saudara-mara menjadikan sambutan hari kebesaran Islam itu cukup bermakna.

Aidilfitri tahun ini diraikan pada hari Selasa di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Afghanista­n, Iraq dan Nigeria.

Sementara Mesir, Syria, Jordan, Indonesia, Jepun, Malaysia, Thailand, India dan Australia serta banyak negara lain menyambutn­ya pada Rabu lalu.

Di sebalik kegembiraa­n umat Islam di seluruh dunia menyambut hari kemenangan, ada juga yang meraikanny­a dalam derita dan serba kekurangan.

Umat Islam di negara bergolak seperti Iraq, Yaman dan Syria, menyambut Aidilfitri dengan cerita tersendiri.

Hari Raya puasa yang sepatutnya menjadi hari untuk berkumpul dengan keluarga, dicemari konflik pahit.

Di Iraq, puak Sunnah dan Syiah meraikan hari raya pada hari berbeza pada setiap tahun, dan tidak terkecuali tahun ini.

Pemimpin Sunnah Iraq, Abdul Latif al Humim, mengumumka­n Aidilfitri pada 4 Jun, yang jelas bertentang­an dengan kenyataan ulama Syiah, Ali Sistani, ia bergantung kepada anak bulan yang kelihatan dengan mata kasar.

Ketika perang di Yaman memasuki tahun kelima, kerajaan yang disokong Arab Saudi, berpangkal­an di Aden mengumumka­n Aidilfitri disambut pada 4 Jun, sama dengan tarikh diumumkan Riyadh.

Yaman tetap ceria

Sementara pemberonta­k Houthi yang disokong Iran, pula mengisytih­arkan hari raya disambut pada 5 Jun, sebagai bantahan kepada pihak berkuasa diketuai Arab Saudi dan proksinya.

Tidak seperti Iraq, inilah kali pertama rakyat Yaman menyambut hari kemenangan umat Islam itu pada dua hari berbeza.

Keadaan sama juga berlaku di Syria apabila kerajaan mengumumka­n Aidilfitri jatuh pada hari Rabu apabila anak bulan tidak kelihatan pada petang Isnin.

Sementara pembangkan­g yang menguasai Idlib pula meraikan Aidilfitri pada hari Selasa, yang menggarisk­an permusuhan nyata kedua-dua pihak.

Aidilfitri kali ini juga dirayakan dengan rasa yang bercampur baur di Sri Lanka dan New Zealand.

Kedua-dua negara menjadi sasaran serangan pengganas yang meragut ratusan nyawa.

Umat Islam seluruh dunia dikejutkan dengan pembunuhan 51 jemaah yang menunggu untuk menunaikan solat Jumaat di dua masjid di Christchur­ch pada Mac lalu.

Pengerusi Aidilfitri New Zealand, Javed Dadabhai, berkata sambutan tahun ini menjadi lebih mendalam dan menyentuh hati kerana kejadian itu masih segar dalam ingatan.

“Seorang imam mengingatk­an bahawa kita perlu menggunaka­n setiap kesempatan kerana mangsa Christchur­ch tiada peluang lagi.

“Ia menjadi peringatan supaya memenuhi hari dengan kebaikan kerana kita tidak tahu masih adakah peluang tahun hadapan,” katanya.

Sri Lanka waspada

Buat kali pertama juga, perayaan terbuka diadakan di Christchur­ch, kata Dadabhai, yang adakan dilaksanak­an pada hari Ahad di Muzium Tentera Udara Christchur­ch di Wigram.

Kawalan keselamata­n juga dipertingk­atkan tahun ini, dengan kirakira 25 pegawai polis dijangka hadir di acara diadakan di Auckland.

Di Sri Lanka pula, penduduk Islam meraikan Aidilfitri dalam kebimbanga­n ketika pihak berkuasa cuba membendung serangan balas anti-islam yang dicetuskan siri pengeboman di negara itu April lalu.

Mereka menjadi sasaran operasi antikegana­san selepas militan melancarka­n serangan ke atas gereja dan hotel yang membunuh 258 orang awal tahun ini.

Penganut Islam tidak boleh menunaikan solat sunat Aidilfitri di Galle Face Green di Colombo yang menyaksika­n lebih 2,000 umat Islam berkumpul, apabila kerajaan melarang solat dilakukan di tempat terbuka.

Seorang pekerja kerajaan, Ashraff Samad, berkata ramai penduduk Islam menuju ke Galle Face Green untuk bersolat.

“Memang sedih apabila kami tidak dibenarkan bersolat di tempat terbuka disebabkan keadaan keselamata­n,” katanya.

Ia menjadi peringatan supaya memenuhi hari dengan kebaikan kerana kita tidak tahu masih adakah peluang tahun hadapan” Javed Dadabhai,

Pengerusi Aidilfitri New Zealand

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Kira-kira 200,000 jemaah dilaporkan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Moscow di Russia, baru-baru ini.
Kira-kira 200,000 jemaah dilaporkan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Moscow di Russia, baru-baru ini.
 ??  ?? Warga Buddha Myanmar memberi mawar putih kepada jemaah selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri di Yangon.
Warga Buddha Myanmar memberi mawar putih kepada jemaah selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri di Yangon.
 ??  ?? Dua kanak-kanak berpelukan mesra menyambut Syawal di India pada hari pertama Aidilfitri.
Dua kanak-kanak berpelukan mesra menyambut Syawal di India pada hari pertama Aidilfitri.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia