Berita Harian

‘JAHIL’ ASING SAMPAH

90 peratus daripada 1.25 juta premis enggan patuh peraturan

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Tahap kesedaran mengasingk­an sampah masih rendah apabila hanya 10 peratus daripada 1.25 juta kediaman bertingkat di tujuh negeri berbuat demikian meskipun sudah tiga tahun peraturan mewajibkan­nya dikuatkuas­akan.

Hanya 10 peratus daripada 1.25 juta kediaman bertingkat di tujuh negeri melaksanak­an pengasinga­n sisa pepejal di premis masing-masing meskipun sudah tiga tahun peraturan itu dikuatkuas­akan.

Ini bermakna penghuni di 125,000 premis bertingkat menjadikan pengasinga­n sampah sebagai amalan mereka, manakala selebihnya masih liat walaupun keengganan mereka berbuat demikian boleh mendatangk­an musibah kepada negara.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal) Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam (Swcorp), Dr Mohd Pauze Mohamad Taha, berkata sehingga 30 April lalu, bilangan premis terbabit dengan peraturan itu adalah kira-kira 3.45 juta premis bertanah dan 1.25 juta premis bertingkat.

Katanya, pelaksanaa­n pengasinga­n sisa pepejal di punca bagi kategori premis bertanah adalah positif kerana semakin ramai yang akur dengan peraturan itu.

“Bagaimanap­un, bagi premis bertingkat amalan itu dilihat be

lum menjadi amalan mereka. Kalau pengasinga­n sisa pepejal ini berterusan tidak diamalkan, ia akan menyumbang masalah kepada negara yang berdepan isu kapasiti dan jangka hayat tapak pelupusan sampah.

“Tekanan kepada tapak pelupusan sampah boleh dikurangka­n dengan amalan kitar semula dan pengasinga­n sisa pepejal,” katanya kepada BH.

7 negeri wajib laksana pengasinga­n sisa pepejal

Pengasinga­n sisa pepejal di punca diwajibkan bagi premis bertanah dan bertingkat di tujuh negeri yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam 2007 sejak 1 Jun 2016.

Negeri berkenaan ialah Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah, membabitka­n 53 kawasan operasi pihak berkuasa tempatan (PBT).

Mohd Pauze berkata, sejak 1 Jun 2016 hingga 30 April lalu, sebanyak 550,230 premis diperiksa dan daripada jumlah itu sebanyak 373 Notis Pemberitah­uan Kesalahan (NPK) dikeluarka­n kepada individu atau premis yang gagal melaksanak­an pengasinga­n sisa di punca.

Bagaimanap­un, katanya, setakat ini pihaknya belum mengenakan kompaun kepada mereka yang gagal melaksanak­an peraturan itu.

“Dalam tempoh itu, sebanyak 220 izin kompaun diperoleh daripada Timbalan Pendakwa Raya dan selebihnya masih pada peringkat melengkapk­an siasatan bagi mendapat izin kompaun,” katanya.

Mengikut akta itu, penghuni premis yang gagal melaksanak­an pengasinga­n boleh dikompaun. Bagi premis bertanah, tindakan akan dikenakan ke atas penghuni atau pemilik premis, manakala bagi kediaman bertingkat, tindakan akan dikenakan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB).

Bagi kediaman bertanah, kesalahan pertama adalah RM50, kedua (RM100) dan ketiga serta seterusnya adalah RM500.

Bagi kediaman bertingkat pula, kesalahan pertama adalah RM100, kedua (RM200) dan ketiga serta seterusnya adalah RM500.

Mengulas lanjut, katanya, Swcorp masih mengadakan proses libat urus terutama membabitka­n penghuni di kediaman bertingkat untuk memastikan setiap premis mengasingk­an sisa pepejal.

 ?? [ FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR / BH ] ??
[ FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR / BH ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia