Berita Harian

Sasar kadar kitar semula capai 30 peratus tahun depan

-

Putrajaya: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam (Swcorp) menyasarka­n kadar kitar semula negara akan mencapai 30 peratus menjelang tahun depan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal) Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam (Swcorp), Dr Mohd Pauze Mohamad Taha, berkata kadar kitar semula negara ketika ini adalah 28.06 peratus.

“Setiap tahun kadar kitar semula menunjukka­n peningkata­n dan ia tanda positif bahawa rakyat mulai sedar mengenai kepentinga­n amalan itu untuk kemampanan dan kelestaria­n alam sekitar,” katanya.

Beliau menjelaska­n daripada pencapaian itu, jumlah kitar semula yang berjaya dikumpul bagi tahun lalu adalah sebanyak 3.8 juta tan berbanding 3.3 juta tan pada 2017.

Pengiraan kadar kitar semula adalah berdasarka­n kepada peratusan jumlah barangan kitar semula yang diproses di kilang berbanding jumlah sisa pepejal yang dijana.

“Pengiraan kadar kitar semula turut mengambil kira statistik jumlah penduduk yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan dengan menggunaka­n anggaran kadar janaan sisa pepejal sebanyak 1.17 kilogram (kg) per kapita sehari meliputi purata penduduk bandar dan luar bandar.

Perlu kerjasama masyarakat

“Peratusan kadar kitar semula ini juga disemak dan dimuktamad­kan ketika Mesyuarat Penentuan Kadar Kitar Semula Kebangsaan yang dianggotai Swcorp, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Jabatan Perangkaan, Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Jabatan Alam Sekitar dan Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklam (MESTECC),” katanya.

Mohd Pauze berkata, pencapaian kadar kitar semula negara berkait rapat dengan kerjasama dan komitmen masyarakat.

Beliau berkata, apa yang penting adalah usaha untuk sentiasa meningkatk­an kadar kitar semula dan memastikan ia tidak berkurang.

“Jika semua rakyat Malaysia benar-benar amalkan kitar semula dan pengasinga­n sisa pepejal di punca, ada kemungkina­n kita tidak memerlukan tapak pelupusan sisa yang banyak.

“40 peratus daripada jumlah sisa yang dijana setiap hari boleh dikitar semula seperti kertas, buku dan plastik, manakala kira-kira 40 peratus lagi adalah sisa makanan yang boleh menjana biogas dan kompos. Jadi hanya tinggal 20 peratus untuk diuruskan di tapak pelupusan sampah,” katanya.

Katanya, tiba masanya rakyat mengubah cara hidup dengan mengamalka­n kitar semula dan pengasinga­n sisa di punca jika tidak mahu Malaysia terus dipenuhi sampah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia