Berita Harian

Kerajaan diminta siasat kilang keluar produk pakai buang

-

Kuala Lumpur: Kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu ‘kotorkan tangan’ dan tidak bergantung sepenuhnya kepada larangan penggunaan plastik dan straw minuman plastik sebagai usaha mengurangk­an penggunaan bahan itu dalam kalangan rakyat Malaysia.

Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Puan Sri Datuk Shariffa Sabrina Syed Akil, menggesa pihak berkuasa turut melihat kepada sumber masalah, termasuk pekilang yang menghasilk­an produk tidak terbiodegr­adasi itu.

‘’Kita tidak boleh hanya bergantung kepada larangan dan dasar bagi mengurangk­an sisa kerana ia akan dilupai pada jangka masa panjang.

“Sebaliknya, kerajaan perlu mengambil langkah penting dan siasat hingga ke akar umbi masalah itu dengan mengambil tindakan terhadap kilang yang menghasilk­an produk kegunaan sekali atau pakai buang dan tidak terbiodegr­adasi,” katanya kepada BERNAMA.

Shariffa Sabrina berkata, dengan cara itu bahan plastik kegunaan sekali tidak akan mudah diakses oleh rakyat Malaysia dan ini akan memberi faedah kepada alam sekitar.

Guna produk keluli, buluh, kertas

Beliau berkata, orang ramai perlu mula mementingk­an alam sekitar dengan mengguna produk yang diperbuat daripada keluli, buluh dan kertas sebagai ganti kepada plastik.

“Kerajaan perlu betul-betul beri tumpuan terhadap perkara ini daripada hanya bergantung kepada dasar. Ia juga perlu mendidik orang ramai mengenai pentingnya memelihara alam sekitar kita,” katanya.

Sementara itu, aktivis Persatuan Alam Sekitar Malaysia, Prof Dr Ahmad Ismail, berkata NGO juga perlu memainkan peranan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya pencemaran plastik meskipun terdapat pelbagai kempen kesedaran di sekolah dan sektor swasta.

“Pengharama­n penggunaan plastik kegunaan sekali dan straw plastik tidak akan berkesan sekiranya orang ramai tidak menyedari kesan atau sebab perlunya dasar itu.

“Kita perlu didik orang ramai dan pendidikan hendaklah sejajar dengan perkembang­an semasa serta kualiti alam sekitar yang kita diami,” katanya.

Kerajaan Negeri Selangor akan menguatkua­sakan larangan penggunaan straw plastik, berkuat kuasa 1 Julai ini, manakala Perak akan menjalanka­n kajian terlebih dahulu sebelum melaksanak­an larangan penggunaan straw minum plastik di negeri itu.

Larangan itu adalah usaha mencapai inisiatif Pelan Tindakan Ke Arah Zero Penggunaan Sekali Plastik 2018-2030 yang dilancarka­n pada akhir Oktober oleh Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Cuaca, Yeo Bee Yin.

 ??  ?? Shariffa Sabrina
Shariffa Sabrina

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia