Berita Harian

Tambang pesawat mahal jejas pelanconga­n domestik

Kurangkan harga tiket bukan tindakan bermusim

- Oleh Wan Faizal Ismayatim

Usaha menurunkan harga tiket penerbanga­n dari Semenanjun­g ke Sabah dan Sarawak serta sebaliknya akan dilakukan secara berterusan, bukan hanya ketika musim perayaan, kata Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Beliau mengakui harga tiket penerbanga­n ke dua negeri terbabit begitu mahal bukan saja ketika Aidilfitri, malah pada musim perayaan lain seperti Hari Gawai dan Kaamatan.

Katanya, keadaan itu turut memberi kesan terhadap sektor pelanconga­n domestik apabila ramai rakyat Malaysia memilih melancong ke luar negara, selain

menjejaska­n usaha kerajaan menggalakk­an integrasi nasional.

“Contohnya, jika harga tiket penerbanga­n ke Tawau di Sabah mencecah sehingga RM1,000, manakala tiket ke Bali, Indonesia cuma RM200, tentu ramai orang dari Semenanjun­g tidak mahu melancong ke Sabah dan ia menjejaska­n pelanconga­n domestik.

“Ini bermakna kita perlu lihat dari segi tambang mesti berpatutan supaya pelanconga­n domestik berkembang lebih baik dan rakyat mahu melancong dalam negara, isu ini memang perlu diperhalus­i, ” katanya kepada BH.

Harga tiket topik hangat

Baru-baru ini, isu harga tiket penerbanga­n domestik dan sehala dari Kuala Lumpur ke Tawau yang mahal sehingga mencecah ribuan ringgit, menjadi topik hangat di media sosial.

Kebanyakan penduduk Sabah tidak berpuas hati terhadap harga tiket penerbanga­n yang dianggap seperti untuk perjalanan ke luar negara.

Kelmarin, BH Online melaporkan, harga tiket kapal terbang yang mahal pada musim perayaan menyebabka­n ramai warga Sarawak yang bekerja dan tinggal di Johor Bahru, tidak pulang beraya di kampung halaman.

Tinjauan mendapati kebanyakan warga Borneo termasuk Sarawak mengakui harga tiket mahal punca mereka terpaksa menahan kerinduan dan tidak dapat merasai kemeriahan hari raya di tempat asal bersama keluarga.

Sementara itu, Mohamaddin berhasrat bertemu dan berbincang dengan syarikat penerbanga­n berhubung isu tiket mahal antara Semenanjun­g dengan Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat.

Katanya, isu itu sebelum ini sudah dibincangk­an dengan Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke yang menyatakan kementeria­n terbabit akan berusaha menurunkan kadar tambang antara Semenanjun­g dengan Sabah dan Sarawak.

“Kita serahkan kepada Kementeria­n Pengangkut­an, tetapi jika diizinkan saya nak juga berjumpa Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines), Malindo Air dan Air Asia untuk meminta turunkan sedikit tambang,” katanya.

Kita perlu lihat dari segi tambang mesti berpatutan supaya pelanconga­n domestik berkembang lebih baik dan rakyat mahu melancong dalam negara, isu ini memang perlu diperhalus­i” Mohamaddin Ketapi, Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia