Berita Harian

Logo baharu TMM 2020 dilancar 22 Jun

-

Balik Pulau: Logo baharu kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 bagi menggantik­an versi terdahulu yang menerima kecaman orang ramai sudah dimuktamad­kan dan dipersetuj­ui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Selasa lalu.

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, berkata logo baharu TMM 2020 itu juga akan dilancarka­n pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia yang dijadual berlangsun­g di Muzium Diraja, Kuala Lumpur pada 22 Jun ini.

“Proses penambahba­ikan logo TMM 2020 sudah selesai, selain Dr Mahathir sendiri yang memilih logo baharu bagi kempen TMM 2020 ini,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini, semalam.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abul Kassim; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Mohd Tuah Ismail dan ADUN Teluk Bahang, Zolkifly Md Lazim.

Sebelum ini, logo TMM 2020 dilancarka­n bekas Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, pada Forum Pelanconga­n ASEAN ATF) 2018 di Chiang Mai, Thailand, Januari tahun lalu, mendapat kecaman daripada orang ramai kerana dikatakan terlalu ringkas dan tidak cantik.

Logo seperti setem itu memaparkan imej Menara Berkembar Petronas (KLCC), Orang Utan, monyet bercermin mata dan penyu memakai cermin mata hitam, dikecam dengan rata-rata menyifatka­nnya sebagai tidak berkualiti.

Belum terima cadangan undang BTS

Dalam perkembang­an berkaitan, Muhammad Bakhtiar berkata, pihaknya belum menerima sebarang cadangan untuk mengundang kumpulan K-pop dari Korea, Bangtan Boys (BTS) ke negara ini bagi mempromosi­kan TMM 2020 seperti dinyatakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman.

“Cadangan ini dibuat Kementeria­n Belia dan Sukan. Kita tak kata akan bantah cadangan ini, sebaliknya mengalu-alukan untuk memperheba­tkan lagi pelanconga­n muzikal ke negara ini.

“Bagaimanap­un, setakat ini kita belum menerima apa-apa cadangan berhubung perkara berkenaan atau sebarang makluman kepada sekretaria­t pengendali TMM 2020,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia