Berita Harian

Lebih banyak insentif galak penanam sawit ada MSPO

-

Kuala Lumpur: Kerajaan bersedia menawarkan insentif tambahan bagi menggalakk­an penanam sawit melaksanak­an pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) bertujuan meningkatk­an profil tanaman itu pada pasaran global.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC), Chew Jit Seng, berkata sehingga akhir April lalu, hanya 32 peratus daripada sejumlah 5.85 juta hektar ladang sawit dan 39 peratus daripada 451 kilang minyak sawit di negara ini memiliki pensijilan MSPO.

Susulan itu, katanya, pemberian tambahan insentif itu berita baik khususnya kepada pekebun kecil.

“Seperti diumumkan sebelum ini, aspek piawaian MSPO akan diwajibkan bagi seluruh industri terbabit menjelang akhir tahun ini.

Atas sebab itu, syarikat perladanga­n dan pekebun kecil diberi tarikh akhir pematuhan yang berbeza.

“Pihak industri diberi tempoh sehingga 31 Disember tahun lalu untuk memiliki pensijilan MSPO jika sudah mempunyai pensijilan Rundingan Meja Bulat Mengenai Minyak Sawit Mampan (RSPO) bagi memenuhi syarat insentif sedia ada, manakala tempoh sehingga 30 Jun ditetapkan jika tiada RSPO atau Pensijilan Kemampanan dan Karbon Antarabang­sa (ISCC).

“Bagi pekebun kecil pula, kerajaan memberi tempoh lanjutan paling lama mendapatka­n pensijilan MSPO sehingga 31 Disember ini,” katanya.

Jit Seng berkata, susulan pengumuman tarikh pematuhan wajib itu, MPOCC menjangka pekebun kecil akan berdepan cabaran dari segi sumber dan kapasiti mematuhi piawaian MSPO, tetapi mereka akan dibantu Kementeria­n Industri Utama serta agensinya.

Sijil sebagai jaminan

“Kami dapati ada antara mereka ini berhasrat mengecilka­n saiz kawasan ladang masingmasi­ng dan mengusahak­an tanaman lain sebagai alternatif. Namun, pada masa sama, kami menasihati pekebun kecil ini memiliki sijil MSPO itu sebagai jaminan produk mereka dapat dijual dalam jangka panjang.

“Apa yang kami bimbangkan adalah kelompok pekebun kecil (dengan keluasan ladang kurang 40 hektar) dan penanam kecil dan sederhana yang memiliki 40.46 hektar sehingga 1,000 hektar.

“Pekebun ini, terutama di kawasan pedalaman, memerlukan lebih banyak bimbingan kerana ada di antara mereka kurang sedar atau terbabit dalam proses pensijilan itu,” katanya.

Syarikat besar sebaliknya dapat melaksanak­an MSPO kerana sebahagian besar mereka sudah memiliki sijil piawaian antarabang­sa seperti RSPO atau ISCC.

“Insentif baharu itu turut menampung sepenuhnya kos audit pekebun kecil dan sederhana serta kos menjadi lebih mampan dalam jangka panjang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia