Berita Harian

Minyak aromaterap­i tulen bahaya

-

Kuala Lumpur: Bertentang­an dengan dakwaan sebilangan besar syarikat pengeluar, minyak aromaterap­i tulen sebenarnya mudah meruap pada suhu bilik dan berbahaya untuk digunakan secara langsung biarpun pada bahagian luar badan.

Ahli Kimia, Dr Normala Abd Latip, berkata minyak aromaterap­i tulen boleh mengakibat­kan komplikasi kesihatan seperti kerengsaan saluran pernafasan dan iritasi.

Justeru, katanya, minyak aromaterap­i tulen adalah berbahaya, terutama kepada kanakkanak.

“Minyak yang tulen tidak mampu bertahan pada suhu bilik, apatah lagi dalam keadaan cuaca Malaysia yang panas dan lembab kerana ia mengandung­i sebatian kimia yang terlalu mudah meruap.

“Selain tidak boleh disimpan atau dibiar dalam suhu bilik, saya tidak yakin dengan dakwaan pengeluar bahawa produk mereka 100 peratus asli dan selamat,” katanya kepada BH, ketika ditemui, baru-baru ini.

Pemasaran mengeliruk­an

Dr Normala yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi Mara (UITM), menyifatka­n dakwaan pengeluar bahawa produk minyak aromaterap­i mereka adalah tulen dan baik untuk kesihatan sebagai kaedah pemasaran yang mengeliruk­an.

“Seperti yang saya katakan, tidak mudah untuk menjaga minyak aromaterap­i tulen.

“Saya sendiri yang melakukan kajian terhadap minyak aromaterap­i perlu berhati-hati dalam menjaga sebatian terbabit,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pakar kimia, Dr Che Puteh Osman, berkata ada minyak aromaterap­i yang mengandung­i bahan kimia berbahaya seperti limonene.

Jejaskan kesihatan

“Sesetengah herba yang diekstrak mempunyai sebatian kimia limonene dan jika terlalu banyak ia boleh menjejaska­n kesihatan, khususnya paru-paru.

“Tahukah anda antara bahan kimia berbahaya yang ditemui ketika kejadian pencemaran Sungai Kim-kim baru-baru ini adalah limonene. Adakah anda mahu menelan minyak aromaterap­i yang tidak diketahui kandungan sebatian kimianya?” katanya.

Minyak yang tulen tidak mampu bertahan pada suhu bilik, apatah lagi dalam keadaan cuaca Malaysia yang panas dan lembab kerana ia mengandung­i sebatian kimia yang terlalu mudah meruap” Dr Normala Abd Latip, Pakar kimia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia