Berita Harian

Contohi tekad sibawayh kejar ilmu

- Penulis adalah Penolong Pengarang Berita (Rencana) Berita Harian

Istilah sibawayh mungkin agak asing bagi orang kebanyakan, namun tidak kepada mereka yang ahli atau pernah mempelajar­i bahasa Arab khususnya berkaitan ilmu ‘nahu’ (tatabahasa). Berasal daripada bahasa Parsi, sibawayh terbentuk hasil gabungan dua perkataan, iaitu ‘sib’ (buah epal) dan ‘wayh’ (wangi). Lantas ia membawa maksud epal yang wangi.

Bagi pengamal ilmu nahu, sibawayh merujuk jolokan kehormat atau laqab yang diberi kepada tokoh besar dalam bidang itu, Abu Bisyr Amr ibn Utsman ibn Qanbar Al-bishri.

Berasal dari Parsi, jolokan sibawayh ibarat ikon pengajian nahu dan sangat berpengaru­h. Karya beliau, Al-kitab dengan ketebalan hampir 1,000 halaman bukan sahaja naskhah tatabahasa Arab pertama dibukukan, malah menjadi sumber rujukan pengkaji ilmu nahu sehingga ke hari ini.

Persoalann­ya, kenapa dibangkitk­an pasal sibawayh yang saya sendiri diperkenal­kan dengan istilah itu sepanjang menuntut di Maahad Muhammadi Lilbanin (MML) di Kota Bharu, Kelantan antara 1991 hingga 1996.

Secara peribadi, dua keunikan

menarik minat saya hasil pembacaan kisah tokoh ini. Sayang rasanya jika tidak dikongsi. Pertama, sibawayh mampu menguasai bahasa Arab dengan sangat baik, malah muncul ulama tersohor dalam bidang tatabahasa Arab. Ironinya, beliau adalah kelahiran Parsi yang tidak menggunaka­n bahasa Arab sebagai pertuturan ibunda.

Kedua, sibawayh diriwayatk­an beberapa kali melakukan kesalahan atau lahn dalam mengucapka­n hadis Nabi SAW. Keadaan itu mengundang tekad besar dalam diri beliau untuk mendalami bahasa Arab dan tatabahasa­nya demi mengatasi kekurangan diri. Lihatlah di mana kedudukan nama sibawayh hari ini.

Apa yang pasti, sibawayh sangat menghargai ilmu. Walaupun umurnya tidak panjang, beliau benar-benar memanfaatk­an hayatnya untuk mengejar ilmu sejak bergelar remaja sehingga menghembus­kan nafas terakhirny­a di Shiraz, Iran pada usia 36 tahun.

Bercakap soal mengejar ilmu, ia memberi konotasi kesungguha­n, komitmen dan kemahuan tinggi dalam konteks mendapatka­n ilmu. Ia sinonim dengan masyarakat terdahulu, buktinya ada pepatah lama mengatakan ‘tuntutlah ilmu walau ke negeri China’. Ia menggambar­kan tiada had sempadan jarak dalam urusan mengejar ilmu.

Cari guru tuntut ilmu

Filem Melayu klasik sendiri banyak mengisahka­n masyarakat terdahulu yang berkelana jauh berpurnama lamanya ke negeri luar, semata-mata mencari guru untuk menuntut ilmu.

Baik ilmu persilatan, agama atau apa saja, murid yang biasanya berusaha mencari guru, bukan sebaliknya. Mungkin itu punca ilmu diterima orang terdahulu lebih berkat dan mendatangk­an manfaat besar.

Lihat sibawayh - mengejar ilmu lahir daripada kemahuan atau tekad sendiri, bukannya dipaksa sesiapa. Nikmat ilmu yang dikejar pasti dekat di hati dan lebih membawa manfaat besar.

Jika dibanding hari ini, budaya mengejar ilmu dilihat semakin menipis. Ramai pergi sekolah atau universiti bukan kerana mahu mengejar ilmu, tetapi sekadar memenuhi tuntutan belajar, untuk lulus peperiksaa­n atau sebagai jaminan mendapat kerja selepas tamat pengajian.

Bukan mempertika­i niat tersirat, namun sedikit pelik. Sepatutnya semakin maju bidang pendidikan itu dan lebih banyak kemudahan disediakan untuk belajar, kesungguha­n untuk mengejar ilmu akan semakin bertambah. Namun menyedihka­n sebaliknya pula berlaku.

Mungkin lumrah manusia apabila sesuatu itu mudah diperoleh lebih-lebih lagi dalam dunia yang semuanya di hujung jari, jadi ia menjadi kurang dihargai.

Apabila kurang dihargai, nilai ilmu dalam diri juga menjadi tidak seberapa dan kemampuan memanfaatk­an ilmu dipelajari menjadi terbatas.

Tidakkah kita mahu bijak pandai kita diletakkan setaraf Abu Bisyr Amr ibn Utsman ibn Qanbar Al-bishri yang menerima laqab tinggi sibawayh. Banyak bidang ilmu baharu muncul khususnya berasaskan sains, teknologi dan matematik (STEM). Tidakkah kita mahu nama orang kita terpahat sebagai sarjana dalam bidang berkenaan.

Kita sebenarnya tidak kurang individu berbakat. Prof Emeritus Datuk Dr Asmah Omar selaku pakar nahu bahasa Melayu serta Pendeta yang menjadi rujukan ahli bahasa serta golongan akademik. Status sama turut dipegang Tan Sri Zainal Abidin Ahmad atau Za’ba.

Saban tahun juga ramai bakat pintar dibangunka­n melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), namun berapa ramaikah boleh diiktiraf dengan laqab tinggi seperti sibawayh.

Saya percaya budaya mengejar ilmu perlu kembali diperkukuh dalam generasi hari ini, agar sasaran melahirkan Sarjana atau sibawayh versi kita berhasil.

Namun syaratnya kesungguha­n dan keikhlasan mengejar ilmu perlu ada, bukannya lagi menadah ibarat ‘menunggu bulan jatuh ke riba’.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia