Berita Harian

Pihak berkaitan digesa selesai segera masalah

-

Kuala Lumpur: Kes kematian 14 Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang termasuk dua daripadany­a akibat jangkitan penyakit radang paru-paru wajar dipandang dalam skop lebih luas.

Justeru, Aktivis Masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye, menggesa semua pihak termasuk Kementeria­n Kesihatan, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perhutanan serta kerajaan Kelantan bagi mengatasi masalah itu.

Beliau juga tidak menolak kemungkina­n masalah itu ada kaitan rapat dengan pencemaran sungai serta kegiatan pembalakan di sekitar kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, pihak berkuasa perlu melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti faktor menyebabka­n penyakit terbabit merebak cepat sehingga ada yang terkorban.

Utama kebajikan Orang Asli

“Saya yakin insiden itu tidak menjadi seteruk ini jika semua pihak melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab diamanahka­n sebaik mungkin dan sentiasa mengutamak­an kebajikan dan kesihatan masyarakat Orang Asli di kawasan terbabit.

“Kita tidak wajar mengabaika­n kebajikan dan kesihatan Orang Asli kerana mereka adalah sebahagian daripada masyarakat majmuk dan rakyat Malaysia,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas kes kematian dua daripada 14 penduduk Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, yang sebelum ini yang dikaitkan dengan penularan jangkitan penyakit radang paru-paru dan penyakit Tibi seperti tersebar di media sosial.

Semalam, Pengarah Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussin, dalam satu kenyataan mengesahka­n dua kes kematian tiada kaitan dengan penularan penyakit Tibi.

Malah, Dr Zaini berkata berdasarka­n ujian klinikal dan bedah siasat di Hospital Gua Musang, hanya dua kes kematian berlaku akibat jangkitan penyakit radang paru-paru, manakala bakinya tidak dilaporkan kepada pihak hospital atau klinik kesihatan berhampira­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia