Berita Harian

Trafik lebuh raya utama perlahan

-

Kuala Lumpur: Orang ramai berpusu-pusu meninggalk­an kampung halaman selepas bercuti panjang sempena Aidilfitri sehingga aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor perlahan semalam.

Aliran trafik di Lebuhraya Utaraselat­an (PLUS) bergerak perlahan apabila 1.8 juta kenderaan mula bergerak pulang semula ke ibu kota sejak Jumaat lalu.

Maklumat daripada PLUS Trafik menunjukka­n, trafik sesak di beberapa kawasan dan perlahan di beberapa hentian di sepanjang lebuh raya, manakala beberapa hentian ditutup sementara bagi mengelak kesesakan lebih teruk di laluan utama lebuh raya.

Sementara itu, maklumat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Trafik menunjukka­n trafik perlahan dari utara ke selatan membabitka­n Pendang ke Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gurun (Selatan), Sungai Petani (Utara) ke Hentian Tikam Batu, Taiping (Utara) ke Hentian Simpang Pulai, Gopeng ke Sungkai dan Behrang ke Rawang, manakala aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 pula sesak sehingga 14 kilometer dari persimpang­an Karak ke Lentang dan aliran trafik juga perlahan dari persimpang­an Lancang ke Karak, selain sebelum Plaza Tol Gombak.

Dibanjiri warga Singapura Johor Bahru,

Di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), di sini, mulai sesak dibanjiri warga Singapura yang kembali ke republik itu berikutan cuti Aidilfitri sudah sampai ke penghujung­nya.

Tinjauan BH mendapati jalan masuk menuju CIQ bermula dari jambatan bertingkat di pusat bandar sesak dengan deretan kenderaan Singapura dalam trafik yang tidak bergerak.

 ?? [FOTO ROSLI AHMAD /BH] ?? Dianggarka­n 1.8 juta kenderaan bergerak pulang ke ibu kota sejak Jumaat lalu.
[FOTO ROSLI AHMAD /BH] Dianggarka­n 1.8 juta kenderaan bergerak pulang ke ibu kota sejak Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia