Berita Harian

Penduduk rayu korek parit elak bah berulang

-

Teluk Intan: Penduduk merayu pihak berkaitan mengorek parit bagi mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku di Kampung Batu 9, Changkat Jong, di sini.

Zulkifli Mat Darus, 42, berkata setiap kali hujan lebat berterusan dan air Sungai Bidor melimpah menyebabka­n kampung banjir.

Rumahnya paling teruk terjejas kerana berada di kawasan lebih rendah mengakibat­kan paras air naik lebih cepat dan lambat surut berbanding rumah penduduk lain.

“Setiap tahun dan tidak kira masa, sekiranya hujan lebat berterusan air pasti akan naik menyebabka­n banjir dan masuk hingga ke dalam rumah.

“Jika ada parit saya yakin banjir dapat diatasi, sekurang-kurangnya air turun dengan cepat kerana ada saluran untuk mengalir,” katanya, semalam.

Benteng guni turut pecah

Zulkifli berkata, hujan lebat sejak beberapa hari lalu turut menyebabka­n ban atau benteng guni yang diisi pakaian terpakai dan pasir pecah pada Jumaat lalu.

Katanya, selain itu, dirinya berharap pihak berkaitan dapat membuat jalan masuk berhampira­n rumahnya dan ketika ini mereka sekeluarga terpaksa menggunaka­n laluan kebun sawit untuk memasuki kawasan rumahnya.

Beliau berkata, laluan kebun sawit berkenaan dibimbangi berbahaya dengan ancaman haiwan seperti babi, lipan serta ular dan mereka sekeluarga bimbang tahap keselamata­n diri mereka terancam.

“Bila ada parit mesti ada jalan, jadi saya mohon simpati pihak berkaitan untuk mengambil tindakan serta bantuan bagi mengatasi masalah ini kerana kami sudah tak larat nak lalui masalah sama setiap tahun.

“Parit akan membantu mengurangk­an masalah banjir dan ini bukan memberi manfaat kepada saya sahaja malah semua penduduk di sini kerana jika tiada parit air akan bertakung serta lambat surut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia