Berita Harian

Hadi, Tuan Ibrahim kekal sandang jawatan

Empat calon tawar diri, melepasi syarat isi kerusi Naib Presiden

- Oleh Nik Sukry Ramli

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan Timbalanny­a, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, mengekalka­n jawatan masing-masing selepas pencalonan bagi pemilihan parti itu ditutup kirakira tiga minggu lalu.

Pengerusi Jawatankua­sa Pemilihan PAS Pusat, Dr Mohd Fuad Mohd Salleh, berkata jawatan Naib Presiden pula menyaksika­n empat calon menawarkan diri bagi merebut tiga jawatan berkenaan.

“Bagi jawatan Naib Presiden, empat nama melepasi syarat bertanding iaitu tiga penyandang sebelum ini, Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Iskandar Abdul Samad dengan seorang lagi calon ialah Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Selain itu, seramai 29 calon layak bertanding bagi 18 jawatan dalam Ahli Jawatankua­sa (AJK) PAS Pusat, mereka ini sudah melepasi tapisan.

Nilai usul perwakilan

“Semua calon diberi masa hingga Rabu ini bagi membuat keputusan meneruskan (pertanding­an) atau menarik diri,” katanya pada sidang media Muktamar Tahunan PAS Ke-65, semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan; Pesuruhjay­a PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar dan Timbalan Pesuruhjay­a PAS negeri, Andansura Rabu.

Sementara itu, Takiyuddin berkata, semua usul dibahaskan pada muktamar akan dibentangk­an untuk penilaian PAS Pusat pada Jumaat ini.

“Kita akan nilai dan perhalusi terlebih dulu setiap usul yang ingin dibawa perwakilan, mesyuarat khas pada 14 Jun ini di Ibu Pejabat PAS di ibu negara akan memutuskan (usul) mana yang akan diterima untuk dibahaskan sebelum perasmian muktamar oleh presiden pada pagi 21 Jun ini.

“Bagi muktamar kali ini, Dewan Muslimat PAS akan bersidang pada 15 Jun di Pusat Konvensyen Bukit Gambang, diikuti Dewan Pemuda pada 19 dan 20 Jun.

“Kedua-duanya ada pemilihan dan dijangka Dewan Pemuda PAS Pusat akan menerima ketua baharu selepas penyandang jawatan berkenaan (Muhammad Khalil Abdul Hadi) tidak bertanding.

Jemput pemimpin UMNO

“Selain itu, Hadi juga akan merasmikan konvensyen Dewan Himpunan Penyokong PAS yang dijangka dihadiri 300 ahli pada 21 Jun ini,” katanya.

Takiyuddin berkata, 1,200 perwakilan akan mengambil bahagian pada muktamar kali ini, selain pemerhati dari Kelab Penyokong PAS luar negara dan pemimpin UMNO.

“Kita menjemput beberapa pemimpin UMNO dan ada yang menyatakan persetujua­n hadir ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man,” katanya.

 ?? [FOTO MUHAMMAD ASYRAF SAWAL/BH] ?? Mohd Fuad (kanan) bersama Takiyuddin, Rosli (dua dari kiri) dan Andansura (dua kanan) pada sidang media Muktamar Tahunan PAS Ke-65 di Kuantan, semalam.
[FOTO MUHAMMAD ASYRAF SAWAL/BH] Mohd Fuad (kanan) bersama Takiyuddin, Rosli (dua dari kiri) dan Andansura (dua kanan) pada sidang media Muktamar Tahunan PAS Ke-65 di Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia