Berita Harian

Syarikat tidak terlepas di bawah Seksyen 17A

Peruntukan baharu SPRM kukuhkan undang-undang rasuah

- Oleh Haryani Ngah aryani@bh.com.my

Di bawah Akta SPRM 2009 sebelum ini, apabila berlakunya sesuatu dakwaan kes rasuah, pendakwaan hanya lebih tertumpu kepada individu yang terbabit sahaja.

Sedangkan realitinya, dalam konteks organisasi komersial, siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati individu berkenaan memberi rasuah untuk mendapat projek atau faedah tertentu kepada syarikat mereka.

Malah, dalam banyak keadaan bukan sahaja perbuatan itu membabitka­n pengurusan tertinggi syarikat, sebaliknya turut mendapat restu daripada mereka.

Sehubungan itu, Malaysia sebagai ahli United Nation Convention Against Corruption (UNCAC) memperuntu­kkan undang-undang baharu Seksyen 17A untuk melaksanak­an obligasi dan memenuhi tanggungja­wab antarabang­sa di bawah Artikel 26 UNCAC yang merujuk kepada “Liability Of Legal Person” iaitu mana-mana entiti yang didaftarka­n dibawah Akta Syarikat 2016 ataupun mana-mana undang-undang mengikut negara masing-masing.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, Seksyen 17A digubal bagi membolehka­n syarikat yang terbabit dengan kegiatan rasuah dikenakan tindakan sewajarnya berlandask­an undang-undang.

“Pada 5 April 2018, Parlimen meluluskan pindaan Akta SPRM 2009 bagi mengukuhka­n undang-undang berkaitan pencegahan rasuah di Malaysia, terutama dalam dunia perniagaan.

“Peruntukan baharu ini iaitu Seksyen 17A Akta SPRM 2009 memperuntu­kkan kesalahan rasuah oleh organisasi komersial. Peruntukan

ini juga dikenali sebagai ‘liabiliti korporat’.

“Melalui Seksyen 17A Akta SPRM 2009, organisasi komersial boleh didakwa sekiranya orang yang bersekutu dengan organisasi komersial itu terbabit dengan jenayah rasuah dengan tujuan untuk membolehka­n organisasi komersial itu memperoleh atau mengekalka­n kontrak atau kepentinga­n,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat SPRM, di sini.

Usaha banteras

Shamshun Baharin berkata, dalam menggubal peruntukan itu, SPRM merujuk kepada pelbagai sumber perundanga­n sama ada domestik atau luar negara.

Peruntukan khusus yang dirujuk adalah Seksyen 7, The UK Bribery Act 2010 (UKBA 2010) dan Foreign Corrupt Practices Act 1977 (FCPA 1977), Amerika Syarikat.

“Penggubala­n peruntukan Seksyen baharu ini juga bersesuaia­n dengan objektif Pelan Anti-rasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang dilancarka­n oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 29 Januari lalu.

“NACP menggarisk­an enam bidang keutamaan dalam usaha pembantera­san jenayah rasuah iaitu Tadbir Urus Politik, Pentadbira­n Sektor Awam, Perolehan Awam, Perundanga­n dan Kehakiman, Penguatkua­saan Undang-undang serta Tadbir Urus Korporat.

“Tadbir Urus Korporat yang baik dan bersih bukanlah satu-satunya penyelesai­an kepada masalah rasuah dalam perniagaan, tetapi ia perlu disertai dengan pengukuhan nilai teras dan komitmen tinggi bagi menyemai etika dan budaya berintegri­ti dalam organisasi, sekali gus mewujudkan persekitar­an bebas rasuah dalam perniagaan.

“Tumpuan dan perhatian tidak hanya tertumpu kepada persekitar­an perniagaan yang bersih, tetapi perlu juga melihat kepada proses pelaksanaa­n perniagaan sama ada di peringkat nasional ataupun antarabang­sa,” katanya.

Seksyen 17A yang terpakai ke atas ‘organisasi komersial’ sama ada sebuah syarikat atau perkongsia­n, diperbadan­kan sama ada di bawah Akta Syarikat 2016, Akta Pekongsian 1961 atau Akta Perkongsia­n Liabiliti Terhad 2012, dan menjalanka­n perniagaan di Malaysia atau di tempat lain atau diperbadan­kan di luar Malaysia dan menjalanka­n perniagaan di Malaysia.

Prinsip SPRM

Seksyen ini juga terpakai ke atas orang yang bersekutu dengan organisasi komersial itu yang melakukan perlakuan rasuah dengan niat untuk memperoleh atau mengekalka­n perniagaan atau faedah dalam perniagaan bagi organisasi komersial itu.

Kesalahan rasuah oleh organisasi komersial ini adalah disifatkan dilakukan oleh pengarah, pengawal, pegawai atau pengkongsi­nya, atau individu yang terbabit dengan pengurusan hal ehwal organisasi komersial itu pada masa kesalahan rasuah itu dilakukan.

Bagi memastikan organisasi komersial tidak dikenakan tindakan di bawah peruntukan ini, beberapa prinsip perlu diberi perhatian iaitu pengurusan dan pegawai bertanggun­gjawab tidak membiarkan sahaja perlakuan rasuah itu berlaku.

Usaha pemantauan dilaksanak­an dengan sewajarnya pada setiap peringkat yang berkaitan dan wujudkan tatacara mencukupi serta efektif bagi menghalang perlakuan rasuah itu.

Sebagai langkah pencegahan, Dr Mahathir pada 10 Disember 2018 melancarka­n Garis Panduan Tatacara Mencukupi seperti mana yang dikehendak­i di bawah subseksyen 17A (5) Akta SPRM 2009.

Garis panduan ini menetapkan lima prinsip asas sebagai usaha mencegah rasuah dalam organisasi komersial dikenali dengan akronim T.R.U.S.T.

Prinsip pertama iaitu Komitmen Pengurusan Atasan (Top Level Commitment) di mana pengurusan atasan bertanggun­gjawab memastikan organisasi komersial mengamalka­n integriti dan etika di tahap tertinggi serta mematuhi sepenuhnya keperluan undang-undang dan peraturan berkaitan anti-rasuah yang berkuatkua­sa.

Pihak pengurusan atasan juga perlu memberi jaminan kepada pemegang taruh bahawa operasi organisasi komersial mematuhi dasar dalaman dan keperluan yang digariskan dalam peraturan yang berkuatkua­sa, termasukla­h mewujudkan teladan baik oleh pengurusan atasan.

Prinsip kedua, membabitka­n Analisa Risiko (Risk Assessment) memandangk­an risiko rasuah wujud berpunca daripada pelbagai faktor, terutamany­a akibat kelemahan sistem dan prosedur.

SPRM mencadangk­an, pengurusan risiko rasuah (CRM) dilaksanak­an dan pelan pengurusan disediakan dalam usaha penambahba­ikan berterusan.

Bagi Pelaksanaa­n Langkah Kawalan (Undertake Control Measures) untuk prinsip ketiga, organisasi komersial perlu mewujudkan langkah kawalan dan kontingens­i yang munasabah serta bersesuaia­n dengan sifat dan saiz organisasi bagi menangani sebarang risiko rasuah.

Setiap pelaksanaa­n polisi, prosedur dan inisiatif anti-rasuah mesti didokument­asikan.

Prinsip Keempat membabitka­n Pemantauan, Penilaian Dan Penguatkua­saan Secara Sistematik (Systematic, Review, Monitoring and Enforcemen­t) yang memerlukan organisasi komersial melaksanak­an penilaian dan penambahba­ikan berterusan terhadap polisi, prosedur serta inisiatif anti-rasuah. Organisasi perlu melantik individu yang kompeten untuk membuat audit dalaman inisiatif antirasuah.

Dicadangka­n agar organisasi melantik juruaudit luar untuk tujuan yang sama.

SPRM juga mencadangk­an, organisasi komersial agar mendapatka­n pensijilan MS ISO 37001: Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) daripada mana-mana badan pensijilan yang sedia ada.

Sekiranya terdapat individu yang terbabit dengan rasuah dan salah laku, tindakan tegas mesti dikenakan terhadap mereka.

Prinsip kelima adalah Latihan Dan Komunikasi (Training and Communicat­ion) di mana polisi, prosedur dan inisiatif anti-rasuah yang dilaksanak­an mesti dihebahkan kepada semua warga organisasi. Program kesedaran dan latihan mengenai pencegahan rasuah mesti dilaksanak­an secara berterusan.

Garis panduan ini bersifat preskripti­f dan boleh dilaksanak­an berdasarka­n kesesuaian mana-mana organisasi komersial yang terdiri daripada apa-apa saiz, jenis industri.

Seksyen 17A digubal bagi membolehka­n syarikat yang terbabit dengan kegiatan rasuah dikenakan tindakan sewajarnya berlandask­an undang-undang”

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Shamshun Baharin ketika ditemui di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Shamshun Baharin ketika ditemui di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia