Berita Harian

29 kes jenayah tular sejak Januari hingga Mei selesai

-

Georgetown: Polis sudah menyelesai­kan 29 kes jenayah yang rakaman videonya tular di laman sosial, sejak Januari hingga Mei lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata ia adalah hasil maklumat dan kepantasan orang ramai membantu polis dengan mengambil video serta menularkan­nya ke laman sosial sehingga tertangkap­nya suspek.

Katanya, sebanyak 35 kes rakaman video yang ditularkan diterima bermula Januari hingga Mei lalu, enam kes lagi masih dalam siasatan atau menunggu arahan daripada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

“Antara kes yang ditularkan itu membabitka­n jenayah pemerasan, ugut, samun, merusuh, curi motosikal dan penderaan kanak-kanak.

“Kita berterima kasih kepada masyarakat atau netizen yang bertindak pantas menularkan kes berkenaan dan ada juga menyalurka­n maklumat selepas menonton video tular terbabit sehingga tertangkap­nya suspek.

“Daripada semua kes yang ditularkan, seramai 87 individu ditahan bagi tujuan siasatan lanjut dan 25 daripada mereka sudah dituduh di mahkamah,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Pulau Pinang di sini, semalam.

Minta orang awam terus bantu

Dalam pada itu, Huzir berkata, secara keseluruha­nnya, kes jenayah tular yang berjaya diselesaik­an PDRM di seluruh negara adalah sebanyak 83 peratus.

“Oleh itu, kita menggesa orang awam supaya terus membantu pihak polis dengan memaklumka­n jenayah yang berlaku di kawasan mereka melalui Facebook dan Twitter PDRM atau Whatsapp di talian 0193019930.

“Kita juga mengingatk­an orang awam supaya menghentik­an penularan video kes lama berikutan ia memberi imej buruk kepada pasukan polis, sedangkan penjenayah sudah diambil tindakan dan menerima hukuman,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia