Berita Harian

MDEC rangka ekonomi digital baharu RMK-12

Perubahan pantas industri tuntut kajian semula pelan 10 tahun

- Oleh Che Wan Badrul Alias chewan@bh.com.my

Malaysia bakal menyaksika­n landskap pembanguna­n ekonomi digital yang berbeza dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), dipacu pelaksanaa­n Dasar Ekonomi Digital Nasional baharu dan pembanguna­n ekosistem teknologi termaju.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Surina Shukri, berkata perubahan industri komunikasi dan digital yang terlalu pantas memaksa negara mengkaji semula pelan Digital Malaysia yang hampir 10 tahun dilaksanak­an.

Justeru, katanya, Dasar Ekonomi Digital Nasional baharu dirangka menerusi kerjasama pihaknya bersama agensi kerajaan berkaitan industri, Kementeria­n Kewangan dan Kementeria­n

Hal Ehwal Ekonomi yang mana sebahagian­nya ditumpukan untuk RMK-12.

“Gambaran ekonomi digital Malaysia kelak boleh dilihat menerusi rangka Dasar Ekonomi Digital Nasional baharu yang dibina di atas beberapa dasar baharu seperti pembanguna­n bakat teknologi baharu, dasar data awan, dasar hab data, dasar perkongsia­n data, strategi kandungan kreatif, rangka kerja AI nasional dan Industry4w­rd.

“Semua usaha sedang ditumpukan untuk mengharmon­ikan semua dasar ini dalam rangka dasar ekonomi digital, kami sasarkan akan bentangkan kepada Kabinet menjelang suku ketiga antara September atau Oktober, pada masa sama kerja merangka dasar turut dilaksanak­an untuk perancanga­n RMK-12.

“Tugas kami dalam Dasar Ekonomi Digital Nasional baharu ini adalah untuk mengetahui bagaimana melakukann­ya, hala tuju, sasaran dan di mana perlu buat pelaburan contoh keperluan pelaburan dalam ‘cybersecur­ity’ negara sejajar kepesatan pertumbuha­n penderia dan IOT,” katanya dalam temu bual di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menasihat kerajaan dalam ekonomi digital

Mengulas lanjut, Surina berkata, pemilihan beliau untuk menerajui MDEC adalah untuk membantu menasihat kerajaan dalam selok-belok ekonomi digital, merangka strategi pelaburan dan merencanak­an usaha pembanguna­n teknologi digital Malaysia.

Pengalaman berkerja dan hidup di Amerika Syarikat selama 25 tahun memberikan pendedahan luas kepada beliau dari segi perspektif dalam pasaran, teknologi, pelaburan, akses pelabur dan perspektif Silicon Valley.

“Saya dipilih kerana miliki pengalaman sebagai pegawai bank dalam organisasi gergasi korporat menerajui transforma­si digital JP Morgan dan kemudian saya menjadi usahawan serta pelabur yang mengasaska­n syarikat modal teroka.

“Ini adalah kemahiran dan pengalaman yang unik ditambah lagi rangkaian saya yang sangat luas di sana maka ideanya saya harap dapat menggunaka­n rangkaian dan pengalaman itu untuk menyumbang­kan kembali kepada Malaysia,” katanya.

Perubahan industri komunikasi dan digital yang terlalu pantas kini memaksa negara mengkaji semula pelan Digital Malaysia yang hampir 10 tahun dilaksanak­an” Surina Shukri,

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia