Berita Harian

BERJAYA SOMPO

Sasar catat nilai premium RM1.3 bilion

- Oleh Nora Mahpar

Berjaya Sompo Insurance Bhd komited untuk mencatat nilai premium sebanyak AS$320 juta (RM1.3 bilion) menjelang 2023 bagi segmen insurans amnya, sekali gus mengukuhka­n kedudukann­ya untuk berada dalam lima kelompok teratas dalam pasaran tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Tan Sek Kee, berkata bagi mencapai hasrat itu, syarikat insurans itu kini giat melaksanak­an beberapa inisiatif termasuk melabur ke saluran yang tepat, menginovas­i produk sedia ada dan memberi tumpuan kepada digitalisa­si operasi perniagaan­nya.

“Kami berasakan telah melabur dalam segmen yang betul

tahun ini untuk inovasi produk, tenaga kerja dan digitalisa­si. Kami akan menawarkan produk yang memenuhi keperluan pasaran dan keperluan pelanggan.

“Kami berharap usaha ini mampu membuahkan hasil positif dan kejayaanny­a dapat dinikmati pada tahun depan,“katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama NSTP, barubaru ini.

Pertumbuha­n perlahan

Bagaimanap­un, beliau menjangkak­an pertumbuha­n insurans am mungkin perlahan tahun ini, memandangk­an industri berkenaan berkemungk­inan berdepan tarif premium yang lebih rendah.

“Kami telah melaksanak­an pengiraan harga dengan betul. Bank pusat juga bertindak memastikan persekitar­aan detarifika­si berada di bawah kawalan berbanding negara lain seperti India dan Indonesia, yang berakhir dengan perang harga.

“Sejak setahun lalu, banyak ciri produk baru ditawarkan, seperti perlindung­an tambahan untuk kenderaan e-hailing dan premium yang lebih rendah untuk perlindung­an banjir,” katanya.

Mengulas lanjut, Sek Kee berkata, Berjaya Sompo juga berhasrat untuk mencapai sejuta pelanggan menjelang 2023 berbanding 700,000 pelanggan ketika ini bagi pasaran Malaysia, dengan menguasai lapan peratus pegangan pasaran.

“Jika kita mampu mengurangk­an kos pengurusan sebanyak lima peratus, kita mampu menjual insurans lima peratus lebih murah daripada pesaing lain.

“Kami juga berhasrat untuk merekrut lebih ramai pekerja berbakat dan memperuntu­kkan lebih banyak masa dalam proses menggunaka­n robotik bagi memastikan keberkesan­an operasi,” katanya.

Sek Kee berkata, Berjaya Sompo sudah membelanja­kan RM39 juta bagi pembanguna­n infrastruk­tur teknologi dan maklumat (IT) sejak 2016 dan ketika ini memiliki 651 pekerja dengan lima peratus tenaga kerjanya digunakan dalam bahagian IT.

Beliau berkata, Malaysia kini menyumbang kira-kira 20 peratus hasil daripada jumlah AS$1.2 bilion di rantau Asia Tenggara.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia