Berita Harian

TNB, MPSP jalin kerjasama pasang panel solar

-

Tenaga Nasional Bhd (TNB), menerusi anak syarikatny­a TNB Renewables Sdn Bhd, memeterai perjanjian hasrat bagi perjanjian bekalan tenaga boleh diperbahar­ui (SARE) dengan Majlis Perbandara­n Seberang Prai (MPSP).

Ia bagi memasang panel solar di bumbung pasar awam dan beberapa pejabat kerajaan negeri yang telah ditetapkan di Pulau Pinang.

Permeterai­an perjanjian itu menandakan satu pencapaian penting bagi menjadikan MPSP sebagai pihak berkuasa tempatan pertama memilih penjanaan tenaga solar, serta majlis perbandara­n pertama di negara ini yang mempraktis­kan amalan hijau dengan perbadanan utiliti nasional itu menerusi SARE, kata TNB dalam satu kenyataan.

Presiden MPSP, Datuk Seri Rozali Mohamud berkata perjanjian itu membawa MPSP melangkah setapak lagi ke arah merealisas­ikan agenda masyarakat karbon rendah majlis berkenaan menerusi inisiatif bandar pintarnya di Seberang Perai.

Kenal pasti tapak sesuai

Dengan permeterai­an perjanjian itu, anak syarikat milik penuh TNB Renewables, GSPARX Sdn Bhd akan mengkaji dan mengenal pasti tapak yang sesuai bagi pemasangan panel solar bagi MPSP di bawah penyelesai­an pendahulua­n sifar.

Pemasangan fotovoltai­k (PV) solar itu juga akan membolehka­n MPSP menjual lebihan tenaga solar kepada TNB dan mendapat kredit tenaga bagi asas ‘satu-bagi-satu’ bagi mengurangk­an lagi bilnya menerusi skim Meter Tenaga Bersih (NEM).

SARE, kontrak tiga pihak antara TNB, GSPARX sebagai Pelabur PV Solar Berdaftar (RPVI) dan MPSP sebagai pelanggan, membolehka­n MPSP menikmati kadar elektrik lebih rendah berbanding tarif yang diwartakan.

Pada masa ini SARE ditawarkan oleh TNBX Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh TNB dan secara umumnya ditawarkan kepada bangunan kerajaan tempatan dan persekutua­n, pelanggan komersial dan perindustr­ian untuk membantu mengurangk­an kos elektrik mereka menerusi penjanaan tenaga boleh diperbahar­ui.

SARE memanfaatk­an sistem pengebilan bersepadu TNB, di mana pelanggan boleh mendapat manfaat daripada kemudahan memantau penggunaan dan kos tenaga mereka. Bil tunggal ini juga boleh dilihat menerusi aplikasi mudah alih MYTNB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia