Berita Harian

Tinggal gaji lumayan jadi pengusaha ikan air tawar

Bekas pengarah operasi syarikat tak gentar sahut cabaran bidang akuakultur

- Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

Minat dalam bidang akuakultur menyebabka­n, Mohd Khairi Latif, 61 tidak gentar untuk berhenti makan gaji bagi menceburi bidang berkenaan.

Selepas terbabit dalam industri perkayuan selama 30 tahun, termasuk pernah menjadi Pengarah operasi di sebuah syarikat antarabang­sa, Mohd Khairi tidak kisah melepaskan jawatan itu.

Dengan modal permulaan RM100,000 hasil duit simpanan, mula membabitka­n diri dalam bidang penternaka­n ikan air tawar pada 2009.

Mohd Khairi berkata, minat mahu menceburi bidang berkenaan timbul selepas kerap membaca artikel berkaitan akuakultur dan mahu mencuba berikutan yakin dengan potensi bidang berkenaan.

“Permohonan bagi mengusahak­an kolam ikan seluas 11.5 hektar di Kampung Serdai Ulu diluluskan kerajaan dan ketika itu saya mengambil alih kolam yang sudah diusahakan oleh penternak sebelumnya.

“Saya tidak mempunyai asas dalam bidang ini, namun rajin membaca artikel berkaitan selain kerap menemui pegawai Jabatan Perikanan,” katanya ditemui

ketika lawatan Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Halimi Abu Hanip.

Mohd Khairi berkata, meskipun ada rakan yang menganggap tindakan bertukar bidang pekerjaan bakal menyusahka­nnya, beliau tetap mahu meneruskan apatah lagi menerima sokongan padu keluarga.

Tekad bertukar bidang

Katanya, dengan jawatan yang dipegang ketika itu, beliau kerap keluar negara bagi mempromosi industri perkayuan namun tetap tekad untuk bertukar bidang.

“Alhamdulil­ah, selepas 10 tahun dalam bidang ini, saya semakin seronok dan bertambah mahir dalam selok-belok perikanan selain berupaya menghasilk­an anak ikan untuk kegunaan sendiri.

“Saya pernah mengalami kerugian hampir RM300,000 ketika cuaca panas dua tahun lalu namun tidak menjadikan­nnya satu alasan untuk berjaya,” katanya yang turut memiliki Diploma Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaaan dan Diploma Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaya.

Beliau berkata, selain mengusahak­an sembilan kolam ikan di Kampung Serdai Ulu, Simpang Durian, dia juga mengusahak­an enam kolam di Kampung Parit Gong selain pusat pembiakan anak ikan dikawasan seluas lapan hektar.

Sementara itu, Halimi berkata Pengusaha akuakultur

 ?? [ FOTO ABNOR HAMIZAM/BH ] ?? Mohd Khairi (dua dari kiri) bersama Halimi (kiri) menunjukka­n ikan tilapia merah diusahakan di Kampung Serdai Ulu, Simpang Durian.
[ FOTO ABNOR HAMIZAM/BH ] Mohd Khairi (dua dari kiri) bersama Halimi (kiri) menunjukka­n ikan tilapia merah diusahakan di Kampung Serdai Ulu, Simpang Durian.
 ??  ?? Mohd Khairi dan Halimi memberi makan ikan ternakan di Kampung Serdai Ulu, Simpang Durian.
Mohd Khairi dan Halimi memberi makan ikan ternakan di Kampung Serdai Ulu, Simpang Durian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia