Pasaran lengang sempena cuti Aidilfitri
Pasaran dibuka untuk minggu pertama dalam separuh tahun 2019 atau suku kedua untuk tahun ini. Minggu ini dagangan hanya untuk dua setengah hari kerana cuti sambutan Aidilfitri dan dagangan hanya dijalankan separuh hari pada Selasa, menjelang hari raya.
Pada akhir dagangan pada Jumaat, indeks susut
1.43 mata untuk ditutup pada paras 1,649.33.
Walaupun indeks naik 52 mata minggu sebelumnya, ia gagal untuk berterusan dan ditutup hampir tidak berubah.
Ini disebabkan cuti panjang dan ramai pelabur serta pengurus dana yang bercuti.
Jumlah dagangan juga hanya 4.15 billion dengan nilai juga jatuh kepada RM4.08 billion, berbanding pada minggu lalu sebanyak 10.643 billion dengan nilai RM12.868 billion.
Indeks naik semenjak minggu lalu dan naik
4.55 mata pada Isnin.
Namun, pasaran gagal untuk bertahan apabila indeks turun 11.22 mata pada Selasa.
Pada Jumaat, indeks naik 5.24 mata.
Pelabur asing adalah pembeli bersih untuk dua minggu berturut-turut.
Pada akhir minggu, pelabur asing adalah pembeli bersih sebanyak RM350 juta.
Kaunter-kaunter yang mencatatkan 52 minggu tertinggi.
YNH Property Bhd RM2.09, Metro Healthcare Bhd RM0.62, Kumpulan Powernet Bhd
RM0.79, Topvision Eye Specialist Bhd RM0.50, Lafarge Malaysia Bhd RM3.75, Syarikat Takaful Malaysia RM6.88, Yinson Holdings Bhd RM5.26, Master-pack Group Bhd RM0.915 dan Malayan United Industries Bhd RM0.23.
Untuk pergerakan harian, pada Isnin, KLCI naik 4.55 mata untuk ditutup pada 1,655.31. Pasaran saham di Asia ditutup bercampur-campur ekoran kebimbangan yang semakin meningkat terhadap perang perdagangan global.
Jumlah dagangan turun kepada 1.597 bilion dan nilai pasaran menurun kepada RM1.549 bilion.
Indeks Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur.
Kaunter untung termasuk Airport (LP: RM7.70, +RM0.36), YNHPROP (LP: RM2.03, +RM0.08), GENTING (LP: RM6.60, +RM0.21), dan IOIPG (LP: RM1.39, +RM0.05).
Kaunter rugi termasuk TM (LP: RM3.53, -RM0.08), IJM (LP:
RM2.14, -RM0.08), HIBISCS (LP: RM0.99, -RM0.05), DAYANG
(LP: RM0.925, -RM0.05), NAIM
(LP: RM0.71, -RM0.045), dan CARIMIN (LP: RM0.65, -RM0.035)
Dagangan hanya berjalan separuh hari atau hanya sesi pagi sahaja pada Selasa.
KLCI jatuh 11.22 mata untuk ditutup pada 1,644.09.
Pasaran saham di Asia diniagakan berhati-hati di tengah ketegangan perdagangan global.
Jumlah dagangan jatuh kepada 1.003 bilion dan nilai pasaran menurun kepada RM1.006 bilion.
Indeks bursa ditutup rendah selepas naik selama enam hari berturut-turut dan ditutup rendah kecuali Tenaga, REIT, dan Teknologi. Kaunter untung termasuk Dolmite (LP: RM0.195, +RM0.115), HUMEIND (LP: RM1.18, +RM0.14), CANONE
(LP: RM3.71, +RM0.28), HIBISCS (LP: RM1.04, +RM0.05), dan SIMEPROP (LP: RM1.10, +RM0.04).
Kaunter rugi termasuk GENTING (LP: RM6.40, -RM0.20), dan IOIPG (LP: RM1.34, -RM0.05
KLCI naik 5.24 mata untuk ditutup pada 1,649.33.
Pasaran saham global kebanyakannya ditutup lebih tinggi pada Jumaat apabila pelabur optimis akan kemungkinan penyelesaian perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Mexico sebelum tarif berkuat kuasa.
Jumlah dagangan melonjak kepada 1.550 bilion dan nilai pasaran meningkat kepada RM1.524 bilion.
Indeks Bursa ditutup lebih tinggi dengan pengecualian REIT dan Utiliti.
Kaunter untung termasuk TAKAFUL (LP: RM6.88, +RM0.20), PMETAL (LP: RM4.46, +RM0.14), CANONE (LP: RM3.83,RM0.12), HUMEIND (LP: RM1.26,
+RM0.08), LBS (LP: RM0.545, +RM0.035), BAHVEST (LP: RM0.65, +RM0.03) dan DAYANG (LP: RM1.02, +RM0.075).
Kaunter rugi termasuk SIMEPROP (LP: RM1.06,
-RM0.04), dan KHEESAN
(LP: RM0.385, -RM0.015).