Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak mentah naik hampir tiga peratus pada Jumaat, mengakhiri paras terendah lima bulan pada awal minggu lalu, selepas Arab Saudi berkata Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) bersetuju untuk melanjutka­n pemotongan bekalan pada Jun.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik AS$1.62 atau 2.6 peratus, untuk ditutup AS$63.29 setong. Minyak mentah West Texas Intermedia­te (WTI) AS berakhir pada AS$53.99 setong, naik AS$1.40, atau 2.7 peratus.

Brent mencatatka­n penurunan mingguanny­a yang ketiga, turun hampir dua peratus, sementara WTI naik kira-kira

satu peratus untuk minggu ini. Pada Rabu, kedua-dua penanda aras komoditi itu mencatat paras paling rendah sejak Januari.

Menteri Tenaga Arab Saudi, Khalid al-falih memberitah­u persidanga­n di Russia bahawa OPEC dan sekutunya perlu melanjutka­n pemotongan pengeluara­n minyak.

Beliau berkata, walaupun OPEC hampir bersetuju, lebih banyak perbincang­an diperlukan dengan negara bukan OPEC yang merupakan sebahagian daripada perjanjian itu untuk mengurangk­an pengeluara­n sebanyak 1.2 juta tong sehari (bpd), yang tamat pada akhir bulan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia