Berita Harian

SAWIT

-

Dagangan kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka rendah pada minggu ini dengan harga sekitar RM1,900 dan RM1,950 satu tan berikutan unjuran prestasi ringgit yang mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Peniaga Kanan Interband Group of Companies, Jim Teh, berkata harga MSM yang lebih rendah itu sebaliknya berkemungk­inan akan menarik kehadiran pembeli.

“Namun, ketegangan perdaganga­n Amerika Syarikat dan China pula berkemungk­inan besar akan mempengaru­hi permintaan terhadap komoditi itu,” katanya kepada Bernama.

Menurut Teh, peserta pasaran juga sedang memantau stok simpanan MSM serta angka pengeluara­n Mei yang akan diumumkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia pada minggu ini.

Bagi minggu lalu yang menyaksika­n dagangan singkat berikutan cuti umum Aidilfitri, pasaran kebanyakan­nya ditutup rendah.

Ia ditutup pada Rabu dan Khamis bersempena cuti umum perayaan tersebut dan operasi dagangan hanya dibuka semula pada Jumaat.

Bagi asas Jumaat hingga Jumaat, kontrak Jun 2019 susut RM27 kepada RM2,003 satu tan, Julai 2019 turun RM36 kepada RM2,018 satu tan, Ogos 2019 berkuranga­n RM41 kepada RM2,028 satu tan dan September 2019 merosot RM45 kepada RM2,038 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan berkuranga­n kepada 71,177 lot daripada 146,737 lot minggu lalu manakala minat terbuka meningkat kepada 253,281 kontrak daripada 243,749 kontrak, sebelum ini.

Di pasaran fizikal, Jun Selatan susut kepada RM2,020 satu tan daripada RM2,030 satu tan pada minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia