Berita Harian

EMAS MENTAH

-

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative­s diunjur meningkat pada minggu ini berikutan jangkaan peningkata­n permintaan terhadap aset selamat terus ketara susulan penyusutan dolar AS berserta ketegangan perdaganga­n Amerika Syarikat (AS) dengan China dan Mexico yang berlanjuta­n.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Stephen Lou Yoke Lim, berkata jangkaan bahawa pihak Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat (Fed) akan menurunkan kadar faedah, ternyata mengheret turun dolar AS yang sebaliknya meningkatk­an minat terhadap emas.

“Selain itu, kalangan pelabur turut bimbangkan kesan perang perdaganga­n terhadap ekonomi global dan menyebabka­n mereka terus melabur dalam emas yang disifatkan sebagai selamat. Berikutan itu, harga niaga hadapan emas dijangka terus meningkat pada minggu ini,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu dagangan yang

singkat ini, niaga hadapan emas di bursa tempatan menyaksika­n aliran peningkata­n berikutan pertikaian perdaganga­n yang berlanjuta­n serta jangkaan tindakan Fed yang hanya menjauhkan pelabur daripada aset berisiko selain turut dipengaruh­i oleh prestasi COMEX.

Pasaran tempatan hanya beroperasi separuh hari pada Selasa dan ditutup selama dua hari pada 5-6 Jun bersempena cuti umum Hari Raya Aidilfitri.

Bagi asas Jumaat hingga Jumaat, kontrak Jun 2019 melonjak 70 mata kepada RM177.50 segram manakala Julai 2019 dan Ogos 2019 naik 62 mata masing-masing kepada RM177.50 dan RM177.60 segram.

Kontrak bulan baharu September 2019 pula pada RM177.70 segram pada Jumaat.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 21 lot bernilai RM370,410 daripada 10 lot bernilai RM173,670 pada minggu sebelumnya manakala kepentinga­n terbuka berkuranga­n kepada 38 kontrak berbanding 47 kontrak, sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia