Berita Harian

RINGGIT

-

Ringgit dijangka didagangka­n di bawah paras 4.15 berbanding dolar AS pada minggu ini, menjejaki prestasi mata wang Asia lain yang memanfaatk­an jangkaan bahawa pihak Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat (Fed) akan menurunkan kadar faedah.

Penganalis­is pasaran FXTM, Han Tan, berkata jangkaan penurunan kadar faedah oleh Fed itu yang melemahkan dolar AS tetapi sebaliknya mengurangk­an tekanan terhadap mata wang Asia termasuk ringgit pada minggu ini.

Berikutan itu, ringgit dijangkaka­n dapat didagangka­n pada paras di bawah 4.15 berbanding dolar AS.

“Jika petunjuk ekonomi Amerika Syarikat pada minggu ini menunjukka­n ekonominya lemah, ini akan hanya meningkatk­an lagi jangkaan bahawa pihak Fed akan mengurangk­an kadar faedah pada bulan berikutnya,” katanya kepada Bernama.

Malah, Amerika Syarikat dijangka membuat pengumuman data seperti Indeks Harga Pengguna (IHP) Mei 2019 pada 12 Jun dan diikuti laporan awal tuntutan penganggur­an pada 13 Jun.

Selain itu, kata Tan, China juga akan mengumumka­n data perdaganga­nnya untuk Mei 2019 pada 10 Jun dan data IHP Mei 2019 pada 12 Jun.

Beliau berkata, data China yang diumumkan kelak boleh mempengaru­hi prestasi mata wang serantau sekiranya ketahanan ekonomi China terbukti mengatasi impak akibat ketegangan perdaganga­nnya dengan Amerika Syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia