Berita Harian

Saham Asia ditutup tinggi

-

Pasaran saham Asia Tenggara ditutup sedikit lebih tinggi pada Jumaat apabila prospek bank pusat global yang melonggark­an dasar monetari untuk menyokong pertumbuha­n ekonomi.

Bagaimanap­un, jumlah perdaganga­n di rantau ini rendah dengan pasaran China dan Hong Kong ditutup untuk cuti umum.

Pelabur kini memberi tumpuan kepada laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) untuk isyarat lanjut mengenai keadaan ekonomi terbesar di dunia itu.

Sementara itu, Ketua Bank Pusat China, Yi Gang, memberitah­u

Bloomberg dalam satu temu bual bahawa terdapat ruang ‘luar biasa’ untuk pelonggara­n dasar fiskal dan monetari jika perang perdaganga­n dengan Amerika Syarikat semakin parah.

Saham Singapura naik 0.6 peratus, disokong oleh saham kewangan. DBS Group Holdings Ltd me

0.6 peratus pada Jumaat dan United Overseas Bank Ltd naik 1.1 peratus.

Saham Filipina menambah 0.3 peratus dan mencatatka­n pe

mingguan ketiga berturut-turut.

Saham kewangan dan industri mendorong kepada keuntungan, dengan BDO Unibank Inc dan JG Summit Holdings Inc masingmasi­ng menambah 1.3 peratus dan 1.2 peratus.

Saham Vietnam naik 1.1 peratus pada penutup namun mencatatka­n kerugian mingguan ketiga.

Saham hartanah Vinhomes JSC dan Vingroup JSC adalah antara kaunter mencatatka­n keuntungan pada Jumaat.

Saham Thailand tidak berubah namun mencatatka­n kenaikan mingguan sebanyak 2.1 peratus, tertinggi sejak akhir Januari.

Awal minggu ini, parlimen baru Thailand mengesahka­n ketua junta tentera Jeneral Prayuth Chan-ocha sebagai Perdana Menteri, lima tahun selepas dia merampas kuasa daripada kerajaan yang dipilih semasa beliau menjadi ketua tentera.

DBS Bank berkata, pasaran kini memberi tumpuan kepada langkah-langkah rangsangan yang berpotensi untuk merangsang ekonomi pada separuh kedua tahun ini. Pasaran kewangan Indonesia ditutup untuk cuti umum.

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Saham Thailand mencatat kenaikan mingguan sebanyak 2.1 peratus.
[ FOTO AGENSI ] Saham Thailand mencatat kenaikan mingguan sebanyak 2.1 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia