Berita Harian

MTUC syor reformasi akta hak pekerja

Langkah tambah baik kebajikan, bela maruah kakitangan swasta

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangk­an kerajaan untuk melakukan reformasi terhadap akta berkaitan hak pekerja berikutan undangunda­ng sedia ada ketika ini dianggap sudah lapuk kerana ia digubal pada pasca negara merdeka.

Reformasi itu antaranya menetapkan elaun kos sara hidup (COLA) bulanan RM300, cuti bersalin 60 hari dinaikkan kepada 98 hari, membenarka­n pekerja menunaikan haji mendapat gaji selama 30 hari dan

menyediaka­n elaun perumahan untuk pekerja di bandar.

Setiausaha Agungnya, J Solomon, berkata itu adalah antara cadangan akan diusulkan kepada kerajaan untuk diterap ke dalam Akta Kerja 1955 khususnya yang membabitka­n kebajikan dan hak pekerja swasta di Malaysia.

Katanya, MTUC juga mencadangk­an kerajaan mengkaji semula Akta Perhubunga­n Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959, selaras dengan janji manifeston­ya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Undang-undang buruh negara sudah lapuk

“MTUC akan mengemukak­an cadangan pindaan komprehens­if untuk ketiga-tiga akta ini bagi menambah baik kebajikan pekerja serta membela maruah mereka.

“Undang-undang buruh di Malaysia sudah lapuk kerana digubal pada 1950-an dan 1960an dengan hanya beberapa pindaan terhad dilakukan oleh pemerintah sebelum ini.

“Persekitar­an dunia pula sudah amat berubah dengan tumpuan utama sekarang adalah mengutamak­an nilai kemanusiaa­n, maruah insan dan hak pekerja. Justeru, pembaharua­n undang-undang pekerja di Malaysia perlu disegeraka­n,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Solomon berkata, MTUC juga akan mencadangk­an pelbagai bentuk kemudahan dan ganjaran lain kepada kerajaan untuk dibincangk­an pada peringkat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan.

Reformasi budaya kerja

“MTUC yakin kerajaan dan majikan akan menimbang serius cadangan kami. Keperluan untuk merapatkan jurang pendapatan di Malaysia tidak boleh dibiarkan lagi. Semua pihak berkepenti­ngan mesti beriltizam memastikan pengagihan saksama kemewahan negara,” katanya.

Pada masa sama, Solomon mengingatk­an golongan pekerja di negara ini supaya turut melakukan reformasi terhadap cara dan budaya bekerja mereka untuk menyumbang ke arah kesejahter­aan bersama.

“Warga pekerja haruslah mengubah budaya kerja mereka ke arah menjadikan Malaysia menjadi negara berpendapa­tan tinggi dan meraih manfaat daripada kejayaan itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia