Berita Harian

Anak buah tabah jaga ibu saudara terlantar

-

Kuantan: “Sebagai individu paling hampir, menjadi tanggungja­wab saya menjaga ibu saudara yang terlantar sakit sejak lima tahun lalu kerana dia tidak mempunyai tempat bergantung.

“Tugas menguruska­n rumah tangga tidak menjadi penghalang kepada saya untuk menjaga dia yang sudah dua kali diserang angin ahmar,” kata Thoiyibah Mohammad Ali, 42.

Katanya, sudah menjadi rutin harian memberi ibu saudaranya, Asiah Salleh, 68, minum susu khas menggunaka­n tiup melalui hidung sebanyak lima kali sehari, selain menukar pakaian dan membersihk­an kekotoran lain.

“Saya bukan keseoranga­n menjaga ibu saudara, adik beradik lain turut membantu, terutama sebelah malam dan hujung minggu.

Ibu saudara tidak berkahwin

“Bukanlah susah sangat untuk jaga, walaupun ibu saudara tidak mampu bercakap dengan jelas, namun kita boleh faham apa yang dia cakap,” katanya di sini, semalam.

Beliau yang tinggal di Kampung Tengah, dekat sini, berkata ibu saudaranya itu menetap di Kampung Beserah, di sini, dan tidak pernah mendirikan rumah tangga, jadi apabila beliau tidak sihat menjadi tanggungja­wab anak saudara menjaganya.

Thoiyibah berkata, bantuan kewangan diterima dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), selain sumbangan daripada saudara-mara yang datang melawat dapat meringanka­n beban untuk membeli susu dan lampin pakai buang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia