Berita Harian

Hadi Fayyadh pecah dominasi novelis wanita

Buktikan penulis lelaki boleh hasilkan karya laris, tawan hati pembaca

- Oleh Siti Fatimah Anwar dan Latifah Arifin

Dominasi novelis wanita dalam senarai pemenang pertama Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-BH kategori cereka selama 11 tahun akhirnya dipecahkan oleh Hadi Fayyadh pada tahun ini.

Novel Hadi Fayyadh berjudul

Mengintai Aku Di Neraka berjaya memecah ‘tradisi’ apabila buat kali pertama pengarang lelaki dinobatkan sebagai pemenang utama Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-BH 2019.

Hadi Fayyadh atau nama sebenarnya Abdul Hadi Mohamad, 32 bukan sahaja mengetepik­an pesaing hebat yang mempunyai pengikut tersendiri seperti Fauziah Ashari dan Suri Ryana, bahkan membuktika­n karya penulis lelaki mampu memberikan saingan sengit serta memikat hati pembaca.

Jika dilihat trend kemenangan

penulis lelaki bagi kategori fiksyen, Hadi Fayyadh antara yang konsisten apabila pernah memenangi tempat ketiga bagi Semusim di Mahsyar pada 2018 dan tempat kedua untuk novel Semusim di Barzakh (2017).

Selain Hadi, penulis prolifik, Ramlee Awang Murshid juga pernah meraih tempat ketiga masingmasi­ng pada 2017 dan 2009 bagi karya Imaginasi serta Hijab Sang Pencinta.

Lonjak semangat penulis lelaki

Perubahan itu juga bagaikan berita baik kepada perkembang­an industri buku kerana dapat melonjakka­n semangat penulis lelaki untuk memperbany­akkan novel yang bersifat popular, sekali gus mencipta persaingan lebih sihat bersama penulis wanita.

Naskhah bertemakan cinta karya novelis cinta pula sememangny­a tidak boleh dipertikai­kan, antaranya dengan kemenangan tempat pertama di tangan Umie Nadzimah tahun lalu menerusi Lelaki Kiriman Tuhan; Suri Hati Mr Pilot tulisan Dila Dyna (2017); Cinta Si Wedding Planner oleh Dhiyana (2016) dan Suamiku

Paling Sweet karya Anjell (2015).

Bagaimanap­un, karya bertema cinta pada tahun ini nampaknya perlu ‘berpuas hati’ apabila berada di tempat kedua dan ketiga kategori cereka melalui kemenangan naskhah Bahagia Bukan Bidaan, karya Hessa Widad dan novel Cik

oleh Airisz. Berdasarka­n senarai pemenang kategori cereka, dapat dilihat keupayaan untuk memperluas­kan naratif fiksyen supaya tidak hanya tertumpu kepada genre sama.

Kita juga mengharapk­an pengarang mencabar persepsi hanya novel adaptasi ke drama dan filem sahaja boleh pergi jauh, laris di pasaran dan memenangi hati pembaca.

Ternyata, dalam apa juga jenis penganuger­ahan sama ada membabitka­n penjurian profesiona­l mahupun undian pembaca, kualiti bahan bacaan, jalan cerita dan impak kepada pembaca antara perkara perlu diberi perhatian.

Konsep Islamik menyeluruh

Hadi Fayyadh ketika ditemui selepas berlangsun­gnya Majlis Penyampaia­n Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-BH 2019 di Bookfest@malaysia 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), berkata kebanyakan karyanya termasuk Mengintai Aku Dari Neraka membawa konsep Islamik menyeluruh, tetapi masih mengekalka­n gaya penceritaa­n yang dekat dengan pembaca.

“Saya masih melihat kehendak dan minat pembaca termasuk menerapkan elemen seperti cinta serta mistik yang digemari ramai.

“Namun, ia digarapkan dengan nilai Islamik untuk mendekati remaja supaya sentiasa dekat dengan agama.

“Seseorang penulis mempunyai tanggungja­wab sosial cukup besar bukan sekadar berkarya, bahkan memastikan bahan bacaan boleh diadaptasi dalam kehidupan dan hasil pembacaan membuahkan penghijrah­an yang lebih baik,” katanya.

Johan setiap kategori menerima wang tunai RM3,000 bersama trofi dan sijil penghargaa­n, manakala tempat kedua dan ketiga, masingmasi­ng menerima RM1,500 dan RM1,000.

Hadiah disampaika­n Pengarang Eksekutif, Komersial dan Ehwal Semasa BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an.

Yang turut hadir, Pengarah Bebas POPULAR Holdings Limited, Prof Christophe­r Chia dan Pengerusi The Star Media Group, Datuk Fu Ah Kiow.

Seseorang penulis mempunyai tanggungja­wab sosial cukup besar bukan sekadar berkarya, bahkan memastikan bahan bacaan boleh diadaptasi dalam kehidupan dan hasil pembacaan membuahkan penghijrah­an yang lebih baik” Hadi Fayyadh, Novelis Mengintai Aku Di Neraka

 ?? [FOTO HAFIZ SOHAIMI /BH] ?? Hadi Fayyadh dan Nurul Ezati Abdul Wahab menunjukka­n anugerah yang diterima pada majlis penyampaia­n Anugerah Pilihan Pembaca Popular BH 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Isteri dan Encik Suami
[FOTO HAFIZ SOHAIMI /BH] Hadi Fayyadh dan Nurul Ezati Abdul Wahab menunjukka­n anugerah yang diterima pada majlis penyampaia­n Anugerah Pilihan Pembaca Popular BH 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Isteri dan Encik Suami

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia