Berita Harian

Jangan melatah kalau dapat surat ‘cinta’ JPJ

-

sekolah sudah bermula dan umat Islam beransur-ansur bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Aidilfitri. Seperti biasa, pergerakan trafik sangat tinggi ketika musim menyebabka­n banyak laluan sesak.

Apabila jumlah kenderaan bertambah, pergerakan menjadi tidak lancar. Ini menyebabka­n ada kalangan pemandu tidak sabar, sehingga cenderung memilih untuk melanggar undang-undang lalu lintas.

Kebiasaann­ya, memotong barisan ketika kesesakan lalu lintas serta menggunaka­n laluan kecemasan antara kesalahan yang paling banyak dikesan.

Ia biasanya bermula dengan hanya satu atau dua kenderaan akibat sikap pemandu yang tidak sabar, sebelum melarat dan ‘berjangkit’ diikuti lebih banyak pemandu lain. Perbuatan ini menyebabka­n situasi kesesakan lalu lintas bertambah parah apabila laluan semakin bertambah dari satu lorong kepada dua atau tiga.

Perbuatan sebegini harus dielak kerana jelas sekali tidak adil bagi pengguna lain yang memilih untuk mengikuti undang-undang ditetapkan.

Pemandu jangan pentingkan diri sendiri

Bukan tidak berani memotong, tetapi ramai sebenarnya yang cakna untuk kekal memandu secara berhemah di jalan raya kerana sedar risiko perbuatan itu yang mungkin akan mengundang kecelakaan.

Sikap pemandu yang mementingk­an diri ini harus dibendung. Mungkin inisiatif Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) memperkena­lkan kaedah aduan dalam bentuk ‘rakam gambar dan lapor’ boleh mengurangk­an perlakuan sebegini.

Sukar untuk pihak berkuasa berada di semua lokasi pada musim perayaan ini, jadi peranan orang awam selaku ‘mata’ untuk memantau salah laku pengguna trafik boleh membantu.

Kita harap lepas jangan pula ada pesalah trafik yang terkejut atau melenting kalau terima surat ‘cinta’ daripada JPJ memaklumka­n kesalahan dilakukan mereka yang berjaya dirakam orang awam. Bak kata orang tua-tua ‘berani buat, berani tanggung’.

Pemandu prihatin, Kuala Lipis Kebiasaann­ya, memotong barisan ketika kesesakan lalu lintas serta menggunaka­n laluan kecemasan antara kesalahan yang paling banyak dikesan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia