Berita Harian

Masjid, surau bukan gelanggang untuk berpolitik

- Shaari Ahmad, Keramat, Kuala Lumpur

Titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang melarang sebarang program atas nama parti politik atau ceramah tanpa permit di masjid atau surau di negeri itu disifatkan satu teguran yang baik.

Isu politik dalam masjid atau surau jika diimbas bukan perkara baharu kerana memang berlaku di kebanyakan negeri sejak dulu lagi, terutama menjelang pilihan raya umum (PRU) atau pilihan raya kecil (PRK).

Pekeliling larangan

Malah, menjelang PRU-14, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluark­an pekeliling rasmi berhubung larangan menggunaka­n masjid dan surau untuk kempen pilihan raya.

Institusi masjid amat diharapkan untuk bebas daripada pengaruh politik kerana perkara itu jika berlaku, dibimbangi boleh memecah belahkan masyarakat hanya disebabkan perbezaan pendapatan atau fahaman politik.

Melihatkan ketaasuban sesetengah masyarakat kita terhadap fahaman politik, sememangny­a wajar jika perkara seperti ini tidak dibawa hingga ke masjid memandangk­an fungsi institusi itu sendiri sebagai pusat ibadat yang menjadi lambang penyatuan ummah dan syiar Islam.

Memecahkan ummah

Jika diimbas semula, sudah berulang kali juga Sultan dari beberapa negeri mengingatk­an rakyat negeri masing-masing untuk tidak menjadikan masjid sebagai gelanggang berpolitik memandangk­an perkara itu boleh memecahkan ummah.

Malangnya, kejadian berpolitik dalam masjid tetap berlaku sehingga mengundang rasa tidak senang dalam kalangan kariah yang hadir untuk bersolat atau menyertai majlis ilmu yang dianjurkan di masjid atau surau.

Kita amat mengharapk­an semua pengurusan surau dan masjid di negara ini mengambil perhatian memastikan kejadian ini tidak lagi berlaku. Keharmonia­n masjid dan surau perlu dipelihara agar tidak dicemari dengan sebarang agenda negatif oleh pihak tidak bertanggun­gjawab.

 ?? [FOTO HIASAN /BH] ?? Keharmonia­n masjid dan surau perlu dipelihara agar tidak dicemari dengan sebarang agenda negatif oleh pihak tidak bertanggun­gjawab.
[FOTO HIASAN /BH] Keharmonia­n masjid dan surau perlu dipelihara agar tidak dicemari dengan sebarang agenda negatif oleh pihak tidak bertanggun­gjawab.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia