Berita Harian

Rakyat gelisah Sudan kecoh lagi

Tentera mula berkawal, polis tembak gas pemedih mata lerai bantahan

-

Sudan kembali kecoh lagi, semalam selepas anggota polis bertindak melepaskan tembakan amaran meleraikan penunjuk perasaan yang mengadakan sekatan jalan raya di ibu kota negara itu.

Senario itu adalah sebahagian kempen penentanga­n sivil terhadap tentera susulan keganasan yang menyebabka­n puluhan maut.

Kempen itu berlanjuta­n hampir seminggu selepas serangan

ke atas penunjuk perasaan yang duduk membantah di luar ibu pejabat tentera, yang menyusul rundingan antara pemimpin bantahan dan pemerintah tentera.

Berikutan desakan bantahan itu, penunjuk perasaan mendirikan sekatan jalan raya di Khartoum manakala pasar dan kedai ditutup di beberapa pekan dan bandar.

Di daerah Bahari di utara Khartoum, orang ramai mengumpulk­an tayar, ranting pokok dan bantu untuk mendirikan sekatan baru.

Hapuskan hadangan

“Hampir semua jalan dalam di Bahari ada sekatan. Penunjuk perasaan menghalang pendidik daripada pergi kerja,” kata seorang saksi.

Namun, polis pencegah rusuhan campur tangan, melepaskan tembakan ke udara dan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan sebelum menghapusk­an hadangan, katanya.

Persatuan Profesiona­l Sudan, yang mula melancarka­n bantahan terhadap bekas Presiden Omar al-bashir pada Disember lalu, berkata kempen bantahan sivil akan berterusan sehingga pemerintah tentera menyerahka­n kuasa kepada kerajaan awam.

Di daerah Bahari, saksi melihat trak polis dipenuhi orang berpakaian awam tetapi tidak dapat mengesahka­n sama ada mereka adalah penunjuk perasaan yang ditahan.

Penduduk Khartoum masih berkurung sejak Isnin lalu, apabila kumpulan lelaki berpakaian seragam tentera menyerbu kem bantahan dan membunuh puluhan orang.

Beberapa kenderaan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) yang ditakuti dilihat bergerak di seluruh beberapa bahagian di ibu negara dengan dilengkapi mesingan.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Tentera Sudan berkumpul dan berkawal di Khartoum, semalam.
[ FOTO AFP ] Tentera Sudan berkumpul dan berkawal di Khartoum, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia