Berita Harian

13 maut trak bawa bakal pengantin terbalik di Filipina

Polis mula siasatan pemandu mungkin cuai

-

Sekurang-kurangnya 13 orang, termasuk bakal pengantin dan dua orang kanak-kanak terbunuh apabila sebuah trak yang mereka naiki terbalik di jalan pergununga­n.

Polis wilayah San Fernando, Victor Quinao berkata, lori sampah yang membawa 53 penumpang di timur wilayah Camarines Sur, kelmarin itu dalam perjalanan turun ke lebuh raya ketika ia hilang kawalan, menyebabka­n beberapa orang cedera.

Penumpang tercampak

Menurut Quinao, rombongan bakal pengantin lelaki dan keluargany­a baru kembali daripada rumah perempuan yang dipinang untuk lelaki itu dan malangnya bakal pengantin itu antara yang terbunuh dalam kemalangan itu.

Kemalangan jalan raya kerap berlaku di Filipina membabitka­n banyak kenderaan, termasuk lori dan bas yang tidak diselengga­ra dengan baik atau kecuaian

“Trak terbabit hilang kawalan lalu terbalik, menyebabka­n beberapa penumpang tercampak sementara yang lain tersepit.

“Lori milik kerajaan tempatan itu digunakan untuk mengangkut tanah dan pasir. Ia dipinjam untuk digunakan sempena majlis itu dan diubah suai dengan diletakkan tempat duduk penumpang manakala selebihnya berdiri, ” kata Quinao kepada AFP.

Quinao menambah, mangsa yang terbunuh, termasuk kanak-kanak berusia empat dan lima tahun. Polis sedang menyiasat kemungkina­n pemandu melakukan kesalahan.

 ??  ?? Beberapa penumpang yang cedera duduk di atas jalan di San Fernando selepas trak dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik.
Beberapa penumpang yang cedera duduk di atas jalan di San Fernando selepas trak dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia