Berita Harian

Presiden Sri Lanka pecat ketua perisik kebangsaan

-

Colombo: Presiden Sri Lanka, memecat ketua perisikan kebangsaan dan tidak akan bekerjasam­a dengan siasatan parlimen berhubung masalah keselamata­n sebelum insiden serangan bom bunuh diri pada Hari Easter lalu, menurut pihak berkuasa, kelmarin.

Maithpala Sirisena memanggil mesyuarat tergempar kabinet, Jumaat lalu untuk membantah penubuhan satu jawatankua­sa siasatan yang ditubuhkan parlimen berhubung serangan bom yang membunuh 258 orang 21 April lalu, termasuk 45 warga asing selain mencederak­an hampir 500 yang lain.

Serangan boleh dibendung

Ketua Perisikan Kebangsaan, Sisira Mendis dipecat sebaik memberi kenyataan dalam satu siasatan minggu lalu selepas menyatakan bahawa serangan itu sepatutnya boleh dibendung.

Beliau mendakwa presiden gagal mengadakan mesyuarat keselamata­n rutin bagi menilai ancaman kumpulan radikal Islam yang melancarka­n serangan bom nekad ke atas tiga hotel dan tiga gereja April lalu.

Menurut sumber, Sirisena enggan membenarka­n anggota polis, tentera mahupun kakitangan perisikan untuk memberi keterangan kepada jawatankua­sa terbabit.

Krisis berkenaan tercetus ketika kunjungan rasmi Perdana Menteri India, Narendra Modi, semalam yang membuat persinggah­an di Colombo selepas kunjungan singkat ke Maldives.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia