Berita Harian

Adik bongsu Hillary Clinton meninggal dunia

-

New York: Adik bongsu Hillary Clinton, Tony Rodham meninggal dunia pada usia 65 tahun, malam Jumaat lalu.

Bekas senator Amerika Syarikat (AS), Setiausaha Negara, wanita pertama dan calon presiden parti Demokrat berkongsi berita pilu itu di Twitter.

Clinton yang menyifatka­n adiknya sebagai seorang yang baik, ceria dan pemurah tidak menyebut punca kematian Rodham.

Rodham difahamkan meninggalk­an seorang balu, Megan dan tiga anak, Zach, Simon dan Fiona.

“Pemergiann­ya sukar untuk digambarka­n dengan kata-kata, dan memori mengenai dirinya terus bermain di minda saya. Kami akan sangat merinduiny­a.”

Dibesarkan di Chicago

Tony Rodham yang dilahirkan pada 1954 adalah anak ketiga kepada pasangan Hugh dan Dorothy Rodham.

Mendiang dibesarkan di pinggir Chicago bersama Hillary, 71 dan Hugh, 69.

Sebelum meninggal dunia, Rodham pernah melakukan pelbagai kerja termasuk pengawal penjara, penjual insurans, penyiasat persendiri­an dan pelabur perniagaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia