Berita Harian

Rihanna, Hassan bercuti di Itali

-

London: Penghibur dan pemuzik wanita terkaya di dunia, Rihanna, yang juga pemilik Fenty Beauty dilihat bercuti bersama kekasihnya, Hassan Jameel, 30 ditemani keluarga di Itali, baru-baru ini.

Pasangan yang menjadi bahan perbualan hangat sejak 2017 dilihat menaiki bot dan menikmati makan tengah hari di restoran mewah, Lo Scoglio di bandar Nerano yang terletak di Pantai Amalfi.

Sehingga kini, Rihanna dan teman lelakinya itu cukup berwaspada dalam memastikan hubungan cinta itu tidak terlalu didedahkan dan diganggu media.

Penyanyi yang mula popular dengan lagu ‘Umbrella’ itu dilihat cukup mesra dan selesa bersama serta menawan mengenakan gaun mini berwarna putih.

Hartawan Arab Saudi, Jameel adalah Timbalan Presiden dan Naib Pengerusi syarikat milik keluargany­a, Abdul Latif Jameel Company.

Keluarga kekasih Rihanna itu adalah antara keluarga yang terkaya di dunia Arab.

AGENSI

 ??  ?? Rihanna dan Hassan menjadi tumpuan media ketika pasangan itu bercuti di Italy.
Rihanna dan Hassan menjadi tumpuan media ketika pasangan itu bercuti di Italy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia