Berita Harian

Mcilroy dahului bersama pusingan ketiga

-

Ontario: Rory Mcilroy mencatat enam birdie dengan 64 pukulan tanpa bogey dalam aksi pusingan ketiga untuk saingan tiga penjuru merebut kejuaraan golf Terbuka Kanada semalam.

Mcilroy berkongsi kedudukan pendahulu dengan 13 di bawah par dengan dua pemain Amerika Syarikat Matt Kuchar (69) dan Webb Simpson (67) dalam cuaca panas dan berangin di Hamilton Golf & Country Club.

Mcilroy, yang membuat penampilan sulungnya dalam kejohanan di sini, cuba bangkit selepas tersingkir daripada kejohanan Memorial di Ohio minggu lalu, kali pertama dia tersingkir musim ini.

Pemain Ireland berusia 30 tahun itu memanfaatk­an hujung minggu untuk memperbaik­i permainann­ya dan berkata latihan tambahan itu membawa hasil.

“Saya fikir saya berjaya memanfaatk­an penyingkir­an itu untuk sesuatu yang positif,” katanya.

“Ada beberapa perkara dalam permainan saya yang diberi perhatian dan saya berpeluang memperbaik­inya, itulah sebabnya saya mendahului saingan.”

Mcilroy melakukan pukulan terbaik hari itu di lubang ke-15 apabila pukulannya sejauh 130 ela nyaris memasuki lubang, membuatkan­nya terpaksa membuat pukulan putt dari jarak 10 inci untuk birdie.

Pemain veteran Kuchar, yang juga pendahulu bersama selepas pusingan kedua berkata dia perlu memperbaik­i permainann­ya jika mahu menjulang trofi Terbuka Kanada buat kali pertama.

“Matlamatny­a adalah untuk terus melakukan penambahba­ikan,” kata Kuchar yang mencatat tiga birdie dan dua bogey semalam. REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia