Berita Harian

Itali mudah benam Greece

-

Athens: Itali membenam Greece 3-0 untuk mencatat kemenangan ketiga dan memperoleh tiga lagi mata bagi meletakkan mereka di kedudukan teratas Kumpulan J perlawanan kelayakan Euro 2020 di sini, kelmarin.

Juara dunia empat kali itu berjaya melupakan kisah kegagalan melayakkan diri ke Piala Dunia tahun lalu dan kini diubah di bawah bimbingan jurulatih baharu, Roberto Mancini.

Nicolo Barella menjaringk­an gol pembukaan pada minit ke-23 dengan Lorenzo Insigne dan Leonardo Bonucci masingmasi­ng menambah pada minit ke-30 dan 33.

Jaring 11 gol tanpa bolos

Skuad kendalian Mancini menjaringk­an 11 gol tanpa dibolosi selepas tiga perlawanan Kumpulan J.

Itali akan bertemu Bosnia Herzegovin­a pada perlawanan seterusnya di Turin, esok dengan lawannya itu tewas 2-0 kepada Finland, sementara Greece bakal menentang Armenia yang menewaskan Liechtenst­ein 3-0.

“Tidak, ia bukan Itali yang terbaik. Contohnya, pada babak kedua kami perlu menjaringk­an lebih banyak gol. Itu perlu diperbaiki. Selepas setahun bekerja, kami berada di hadapan, kami baiki persembaha­n menerusi satu perlawanan kepada perlawanan lain, tetapi masih banyak yang perlu dilakukan,” kata Mancini yang mengambil alih skuad itu sejak Mei 2018.

Itali kini mengumpul sembilan mata, Finland di tempat kedua dengan enam mata, diikuti Greece dan Bosnia-herzegovin­a di tempat keempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia