Berita Harian

Belgium terus unggul

-

Brussels: Belgium merakam kemenangan 3-0 ke atas Kazakhstan untuk mengekalka­n permulaan 100 peratus dalam kempen kelayakan Euro 2020 dan menerajui Kumpulan I.

Jaringan awal menerusi Dries Mertens dan Timothy Castagne meletakkan Belgium 2-0 di depan selepas 15 minit permainan dan Romelu Lukaku melengkapk­an kemenangan dengan gol ketiga lima minit selepas rehat.

Belgium kini mengumpul sembilan mata daripada tiga perlawanan, mengatasi Russia dan Scotland yang masing-masing mengumpul enam mata.

Kemenangan terbesar Russia

Dalam pada itu, harapan Scotland untuk mengubah nasib di bawah pengendali baharu, Steve Clarke hampir musnah selepas Cyprus menyamakan kedudukan di Hampden Park di Glasgow, tetapi Oliver Burke meledak gol kemenangan pada saat akhir untuk keputusan 2-1.

Sebelum itu Russia merekodkan kemenangan terbesar selepas Artem Dzyuba meledak empat gol ketika membelasah San Marino 9-0 di Saransk, salah satu venue final Piala Dunia tahun lalu.

Russia mendahului 4-0 pada babak pertama dengan dua gol sendiri oleh pemain 20 tahun Michele Cevoli, dan jaringan penalti Dzyuba serta Fyodor Kudryashov.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia