Berita Harian

Jerman tetap berbisa tanpa Loew

-

Borisov (Belarus): Penolong Jurulatih Jerman, Marcus Sorg memuji persembaha­n ‘mengagumka­n’ pasukannya selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Belarus pada perlawanan kelayakan Euro 2020 di sini, kelmarin.

Dengan Joachim Loew masih menjalani pemulihan selepas tercedera di gimnasium, Sorg membantu pemain muda Jerman untuk menundukka­n Belarus.

“Ia sedikit luar biasa hari ini (kelmarin), tetapi keseluruha­nnya semua berjalan lancar. Kami tak sabar menantikan kepulangan semula Jogi.

“Ia persembaha­n mengagumka­n hari ini (kelmarin) dan masih boleh dibaiki,” kata Sorg.

Leroy Sane dan Marco Reus masing-masing menjaringk­an satu gol dalam persembaha­n yang didominasi Jerman apabila membuat 23 percubaan berbanding Belarus hanya enam.

Tak sia-siakan peluang

Kemenangan itu sekali gus meletakkan Jerman kini di kedudukan kedua Kumpulan C dengan satu perlawanan kurang berbanding pendahulu kumpulan, Ireland Utara yang menewaskan Estonia 2-1.

Jerman tidak mensia-siakan peluang sejak sepak mula dengan gol pembukaan hadir pada minit ke-12.

Joshua Kimmich membuat hantaran kepada Sane di dalam kotak penalti dan pemain sayap Manchester City itu merembat kencang untuk meletakkan Jerman di depan.

Biarpun pasukan muda itu diuji kemudianny­a, Jerman kembali bangkit pada babak kedua dengan Reus melebarkan jurang pada minit ke-62.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia