Berita Harian

Syor ‘Projek Tokyo 2020’

Saran BAM wujud satu projek khas bagi membolehka­n pemain kumpul mata layak

- Oleh Helmi Talkah

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) disaran mewujudkan satu projek khas sebagai persiapan menghadapi Sukan Olimpik Tokyo 2020 - ‘Projek Tokyo 2020’.

Bekas Pengurus Besar BAM,

Datuk Kenny Goh berpendapa­t fokus yang lebih perlu diberikan kepada barisan pemain yang difikirkan mampu layak ke Tokyo.

“Saya percaya BAM sudah mengenal pasti pemain yang mampu layak ke Olimpik. Jadi, bagi fokus yang lebih kepada mereka, ia termasukla­h penyertaan dalam kejohanan antarabang­sa.

“Kita tidak boleh menghantar pemain menyertai kejohanan sebarangan sebaliknya perancanga­n yang rapi perlu dijalankan. Kita perlu faham bagaimana sistem ranking dunia berfungsi bagi membolehka­n pemain mengumpul mata untuk layak ke Olimpik.

“Selain itu, pastikan setiap pemain diletakkan sasaran yang perlu dicapai,” kata Goh kepada BH Sukan.

Dalam tiga temasya terakhir Olimpik bermula 2008 di Beijing, skuad badminton kebangsaan tidak pernah pulang tangan kosong apabila berjaya menyumbang­kan pingat buat kontinjen Malaysia.

Prestasi kritikal

Jaguh perseorang­an lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei menjadi pemain paling berjaya apabila menyumbang­kan tiga perak berturut-turut bermula di Beijing, London 2012 dan Rio 2016.

Edisi 2016 paling membanggak­an apabila skuad badminton turut meraih dua lagi perak menerusi beregu lelaki, Goh V Shem-tan Wee Kiong dan beregu campuran, Chan Peng Soon-goh Liu Ying.

Bagaimanap­un, situasi kini agak kritikal buat skuad badminton kebangsaan apabila pemain yang disandarka­n harapan untuk membawa pulang pingat masih bergelut dengan prestasi tidak menentu.

Bagi Goh yang kini Ketua Pegawai Operasi Badminton Asia, sebagai persiapan ke Tokyo, BAM perlu melakukan bedah siasat yang lebih sistematik setiap kali pemain gagal mencapai sasaran ditetapkan dalam kejohanan disertai.

“Bila kita melakukan bedah siasat, kita perlu lakukannya dengan sistematik. Perubahan drastik perlu dilakukan apabila pemain gagal capai sasaran.

“Apabila sudah hantar menyertai tujuh atau lapan kejohanan tetapi gagal mencapai sasaran, ia pastinya ada sesuatu yang tidak betul. Jadi, BAM kena kaji puncanya secara mendalam.

“Kita tidak boleh lagi dengar alasan yang mana pemain kita kurang dari aspek fizikal. Bagi saya aspek fizikal ini sesuatu yang boleh ditingkatk­an menerusi kerjasama dengan ISN (Institut Sukan Negara),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia