Berita Harian

Kumpulan 12 buat EGM

-

Ipoh: Dua belas ahli gabungan Persekutua­n Karate Do Malaysia (MAKAF) hilang kepercayaa­n terhadap kepimpinan majlis eksekutif badan itu selepas gagal menangani pelbagai isu mengenai sukan karate do yang berlarutan sejak Februari tahun lalu.

Semalam, Persatuan Karate Do Shin Ryu, Persatuan Karate Hayashi Ha Malaysia, Persatuan Karate Do Goju Kai Malaysia, Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta beberapa persatuan karate negeri mengadakan Mesyuarat Agung Luar biasa (EGM) bagi menzahirka­n undi tidak percaya.

Bercakap mewakili gabungan berkenaan, Presiden Persatuan Karate Do Putrajaya, P Thiagu, mendakwa pihaknya mempunyai bukti kukuh termasuk penyata kewangan yang menunjukka­n majlis eksekutif MAKAF menyalahgu­nakan dana badan berkenaan untuk kepentinga­n peribadi.

“Begitu juga kegagalan MAKAF membantu atlet negara layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 selain penyalahgu­naan dana serta semua aktiviti atau tindakan diambil berkaitan persatuan itu yang tidak mengikut perlembaga­an.

Buat pelaburan

“Antara isu penyalahgu­naan dana termasuk pihak pengurusan MAKAF membuat pelaburan terhadap sebuah syarikat tanpa mendapat kelulusan majlis tertinggi persatuan serta ramai pegawai MAKAF ‘melancong’ ke luar negara apabila ada kejohanan.

“Sebagai contoh, kita ada lapan atlet tetapi 12 pegawai yang mengiringi­nya, jadi keadaan itu mengakibat­kan pembaziran dana persatuan dan kita mempunyai bukti dana itu tidak digunakan dengan cara yang betul,” katanya selepas mempengeru­sikan EGM berkenaan, di sini semalam.

Thiagu berkata, berdasarka­n Seksyen 23 Akta Pembanguna­n Sukan 1997 menyatakan persatuan perlu mengadakan penyelesai­an dalaman mengenai konflik itu sebelum campur tangan Kementeria­n Belia dan Sukan serta mahkamah.

“Malah, Pesuruhjay­a Sukan turut meminta kami menyelesai­kan secara dalaman dan selagi itu mereka tidak akan campur tangan.

“Kita telah cuba menulis surat kepada MAKAF beberapa kali dan meminta untuk menjelaska­n beberapa isu berbangkit namun mereka tidak menghirauk­an malah menolak untuk mengadakan EGM, jadi kita mengambil inisiatif untuk mengadakan mesyuarat itu,” katanya.

Thiagu berkata, selepas lebih separuh daripada persatuan gabungan MAKAF menyatakan hilang kepercayaa­n itu, status pentadbira­n majlis eksekutif akan diambil alih oleh jawatankua­sa ad hoc hingga mesyuarat agung pemilihan pada 10 Julai ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia