Berita Harian

Farizal sasar gawang tak bolos aksi kedua

-

Kuala Lumpur: Jika diturunkan, kapten pasukan kebangsaan, Farizal Marlias mengimpika­n aksi tanpa bolos pada perlawanan kedua playoff kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 menentang Timor Leste di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.

Walaupun skuad Harimau Malaya berpesta gol 7-1 pada perlawanan pertama Jumaat lalu, bolos satu gol menerusi jaringan Joao da Silva Freitas menghadirk­an rasa ralat buat penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

Untuk itu dia menuntut rakan sepasukann­ya segera memanfaatk­an peluang memperbaik­i segala kelemahan sebelum turun buat kali kedua.

Cuba yang terbaik

“Kadang-kadang kita hilang konsentras­i. Itu yang menyentap momentum kami, namun pemain sedar kesilapan itu dan akan terus cuba yang terbaik. Tetapi, syukur kita dapat jaringkan lebih banyak gol.

“Tetapi saya tidak rasa itu perlawanan terbaik kerana saya pun rasa kecewa bolos. Sebab itu saya tidak mahu berlaku lagi pada perlawanan akan datang,” katanya.

Pada perlawanan pertama Jumaat lalu, menyaksika­n Safawi Rasid meledak dua gol diikuti masing-masing satu gol menerusi La’ Vere Corbin Ong, Shahrel Fikri Md Fauzi, Norshahrul Idlan Talaha, Faiz Nasir dan Akhyar Rashid.

Dalam masa sama, Farizal mahu jentera serangan memanfaatk­an setiap peluang selepas kerap gagal disempurna­kan pada perlawanan pertama termasuk oleh Safawi ketika menyempurn­akan penalti.

“Kita kena kekalkan momentum ini. Kadang-kadang bola sepak ada turun dan naik tetapi untuk berada di tahap lebih baik di Asia Tenggara, kami perlu kekalkan intensiti ini. Daripada segi penyudah, kami kena tampil lebih baik kerana kalau kita lihat, ada peluang yang kita dapat gagal disudahkan dengan jaringan,” katanya.

 ??  ?? Farizal menjalani latihan di Padang B, MSN, Bukit Jalil, semalam.
Farizal menjalani latihan di Padang B, MSN, Bukit Jalil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia