Berita Harian

Rahmad tawar diri bimbing Skuad Penyu

Bekas pengendali T-team sudah hantar permohonan ganti Irfan Bakti

- Oleh Malik Muhamad

Jurulatih kelahiran Indonesia, Rahmad Darmawan sudah menawarkan diri untuk mengisi ‘kerusi panas’ selaku pengendali Terengganu FC (TFC) bagi menggantik­an Irfan Bakti Abu Salim yang meletak jawatan bulan lalu. Sumber memberitah­u Sukan

BH, bekas jurulatih skuad T-team pada musim 2016 hingga 2017 itu sudah menyatakan kesediaan untuk membimbing skuad Penyu jika Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) berminat menggunaka­n khidmatnya.

“Bekas pemain kebangsaan Indonesia itu menghantar borang permohonan kepada

PBSNT, namun pihak persatuan masih belum memutuskan jurulatih mana bakal mengisi jawatan itu.

Tawar diri

“Setakat ini ramai jurulatih tempatan dan luar negara menyatakan kesediaan untuk membimbing skuad TFC berdasarka­n permohonan yang diterima untuk mengisi jawatan itu,” kata sumber berkenaan semalam.

Selain Rahmad, 53, yang pernah menyarung jersi skuad ATM sebagai pemain import, dua lagi bekas pengendali pasukan T-team, Tomislav Steinbruck­ner dan Azlan Johar serta bekas pemain pertahanan Terengganu era 90-an, Mohamad Ishak Kunju Mohamad turut menawarkan diri.

Irfan meletak jawatan secara mengejut pada 15 Mei lalu ketika mesyuarat khas PBSNT susulan aksi tidak konsisten pasukan terutama selepas tewas 3-5 kepada pendatang baru Liga Super, Petaling Jaya City FC (PJ City) biarpun mendahului 3-0.

Penolong jurulatih, Nafuzi Zain kemudian diberi kepercayaa­n persatuan untuk mengetuai pasukan naib juara Piala Malaysia musim lalu itu buat sementara sebelum PBSNT memutuskan jurulatih baharu mengendali pasukan.

Selepas dua perlawanan awal dilalui, Nafuzi yang dibantu oleh Mohamad Nik dan Kamaruddin Anuar dianggap ‘lulus ujian’ selepas pasukannya mencatat keputusan seri 1-1 bertemu FELDA United di laman lawan dan menang 1-0 ketika bertemu Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia