Berita Harian

Kedah sandar Bernhardt, Rowley

-

Alor Setar: Kemasukan dua pemain baharu pada jendela perpindaha­n baru-baru ini diyakini mampu membantu Kedah menguatkan jentera tengah pasukan untuk mengharung­i baki aksi Liga Super dan saingan Piala FA musim ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Mohd Asmirul Anuar Aris, berkata kemasukan Edgar Bernhardt dan seorang lagi pemain tempatan, David Rowley diharap membawa perubahan yang diharapkan.

“Edgar dan Rowley diharap dapat membantu rakan sepasukan lain terutama bahagian tengah untuk melancarka­n serangan dan penguasaan bola. Pengalaman Edgar selaku ketua pasukan Kyrgyzstan sudah pasti sangat diperlukan.

“Saya juga yakin dengan perancanga­n bijak pihak pengurusan dan kejurulati­han ini, kita mampu memberi saingan yang diharapkan dan seterusnya layak ke final Piala FA musim ini,” katanya di sini, semalam.

Asmirul juga mengharapk­an prestasi lebih baik bakal dipamerkan skuad Helang Merah selepas ini selepas ditewaskan 2-0 oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) bulan lalu.

Katanya, pihaknya mendapati ada jurang daripada segi teknikal pada perlawanan berkenaan, namun masih boleh diterima kerana tidak dapat menurunkan kapten pasukan Baddrol Bakhtiar dan pemain import, Anmar Almubaraki kerana cedera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia