Berita Harian

The Fighters dihambat dilema

-

Kuala Lumpur: FELDA United FC sedang berdepan dilema sama ada akan terus fokus kepada usaha mara ke final Piala FA atau mengelak tersingkir daripada saingan Liga Super musim depan.

Tugas berat itu terpaksa ditanggung selepas melihat kepada skuad ‘kerdil’ yang dimiliki mereka ketika ini berbanding musim lalu yang dibarisi ramai pemain bintang.

Jurulatihn­ya, Mohd Nidzam Jamil juga seakan tidak rela mengorbank­an salah satu daripada saingan itu terutama untuk membawa pasukannya keluar dari zon penyingkir­an dengan aksi liga masih berbaki lapan perlawanan.

“Kami mahu menghabisk­an musim ini setidak-tidaknya kekal dalam Liga Super. Mungkin bukan prestasi baik jika kami ke final Piala FA, tapi dalam masa sama tersingkir pula daripada saingan Liga Super.

Perlu bekerja keras

“Itu bukan benda yang saya nak buat walaupun kami tiada pemain bintang lagi. Memang susah untuk saya seimbangka­n dua cabaran itu (mara ke final Piala FA dan kekal dalam liga).

“Jadi, apa yang kami perlu buat adalah kena bekerja keras dan mendapatka­n setiap mata penting. Satu kemenangan (dalam liga setakat ini) bukan prestasi yang baik,” katanya.

FELDA United menghuni tangga tercorot liga apabila hanya mengumpul sembilan mata selepas mengharung­i 14 perlawanan liga.

The Fighters yang juga juara Liga Perdana musim lalu turut akan berdepan Kedah pada 22 dan 30 Jun ini untuk aksi separuh akhir Piala FA.

Selain itu, Nidzam mengakui lega selepas beberapa pemain utama termasuk Hadin Azman dan pemain import kelahiran Singapura, Khairul Amri Mohd Kamal sudah pulih daripada kecederaan.

“Kami kena bangkit, kami tak boleh tidur lagi. Bukan saja FELDA United, saya sendiri akan bagi semua apa yang saya ada, pengetahua­n dan keupayaan serta bersama-sama semua pemain.

“Kami perlu memastikan FELDA United kekal dalam Liga Super sebab jika jatuh ke Liga Perdana, untuk naik semula memang susah,” katanya.

Jadi, apa yang kami perlu buat adalah kena bekerja keras dan mendapatka­n setiap mata penting.” Mohd Nidzam Jamil, Jurulatih FELDA United FC

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia