Berita Harian

BARTY IDOLA BAHARU TENIS

Bekas pemain kriket liga Australia tawan Roland Garros

-

Juara baharu Terbuka Perancis, Ashleigh Barty berkata dia tidak pernah menjangkak­an mampu memenangi gelaran Grand Slam apabila mengambil keputusan untuk berehat daripada tenis pada 2014 untuk bermain kriket.

Pemain Australia itu beraksi bersama Brisbane Heat dalam saingan Liga Kriket Big Bash, empat tahun lalu sebelum kembali bermain tenis dengan kedudukan ranking dunia ke-683.

Bagaimanap­un, dia memperaga kebangkita­n yang menakjubka­n apabila menewaskan bintang muda Republik Czech, Marketa Vondrousov­a 6-1, 6-3 dalam aksi final di Roland Garros.

Ia adalah gelaran major pertama sepanjang kerjayanya sebagai pemain tenis.

“Tidak, tidak sama sekali,” katanya ketika ditanya sama ada dia pernah terfikir mampu memenangi gelaran Grand Slam selepas kembali beraksi dalam sukan tenis.

“Saya fikir mungkin dalam acara beregu. Sudah beberapa kali saya hampir melakukann­ya bersama Casey (Dellacqua) dan mungkin saya ada peluang yang cerah dalam acara beregu. Namun, dengan kejayaan ini, ia memberi perspektif baharu dalam kerjaya saya. Saya perlu percaya dengan kemampuan diri sendiri yang mana saya mampu beraksi pada tahap tertinggi.

Tewas tiga final Grand Slam

“Saya berasakan saya bermain dengan baik. Saya tahu bila saya bermain dengan baik dan mampu memberi saingan kepada pemain terbaik dunia.”

Barty sebelum ini tewas dalam tiga final Grand Slam menerusi acara beregu bersama Dellacqua pada 2013 tetapi hanya memenangi dua perlawanan perseorang­an dan tewas sembilan kali dalam empat kejohanan utama sebelum dia berehat lima tahun lalu.

Dia tidak bermain dalam saingan undian utama manamana kejohanan Grand Slam sehinggala­h 2017 dan hanya melangkah ke pusingan kedua buat kali pertama pada Terbuka Amerika Syarikat, tahun lalu.

Kejayaan muncul juara Terbuka Perancis menyaksika­n Barty bakal melonjak ke tangga kedua ranking, di belakang juara Grand Slam dua kali, Naomi Osaka. AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia