Berita Harian

HARIMAU MALAYA TETAP SERANG

Skuad kebangsaan bimbingan Tan Cheng Hoe tidak akan menggunaka­n strategi bertahan, sebaliknya kekal beraksi seperti ketika menang 7-1 pada Jumaat lalu apabila melayan Timor Leste pada aksi kedua di Bukit Jalil, malam esok

- Oleh Mohd Fitrie Muhamad

Corak permainan bertahan jelas tiada dalam kamus Tan Cheng Hoe pada aksi kedua playoff kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 menentang Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Walaupun kemaraan skuad Harimau Malaya sudah berada dalam genggaman selepas menang 7-1 pada aksi pertama di gelanggang sama, Cheng Hoe mahu manfaatkan aksi timbal balik kali ini sebagai platform mengukuhka­n lagi intensiti permainan.

“Kita akan turun dan bermain seperti biasa. Adalah penting pemain kena tingkatkan prestasi serta kurangkan kesilapan individu.

Mahu kekal konsistens­i

“Setakat ini saya nampak mereka bermain dengan baik namun paling utama adalah kita mahu kekalkan konsistens­i permainan,” katanya pada sesi latihan di Padang B, Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, semalam.

Mengulas lanjut mengenai perancanga­n aksi kedua, Cheng Hoe tidak bercadang mengubah 100 peratus barisan kesebelasa­n utama, namun sedia memberi peluang kepada yang belum beraksi pada perlawanan pertama dan persahabat­an menentang Nepal sebelum ini.

Katanya, dalam masa sama beliau akan terus memantau keadaan anak buahnya selain berbincang bersama barisan kejurulati­han sebelum menentukan siapa yang bakal diturunkan nanti.

“Mana-mana jurulatih pun jarang ubah semua pemain. Mungkin saya akan kekalkan separuh pemain. Pemain juga masih letih. Mungkin saya akan memberi peluang kepada pemain yang lebih ‘segar’. Apa pun kita lihat nanti dalam tempoh sehari dua ini,” katanya.

Dalam pada itu, Cheng Hoe mengesahka­n penyerang negara, Syafiq Ahmad sudah tidak dapat bersama pasukan susulan kecederaan medial collateral ligament (MCL) dan dijangka berehat untuk tempoh dua minggu.

 ?? [FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] ?? Pemain Harimau Malaya menjalani latihan di Padang B, MSN, Bukit Jalil, semalam.
[FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] Pemain Harimau Malaya menjalani latihan di Padang B, MSN, Bukit Jalil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia